26 December 2008

Al Quran

secara tiba tiba saya suka pada ayat "subhanaka".lalu saya mencari ayat ayat yang berkaitan..

Surah Saba ayat 41
maksudnya:
Malaikat menjawab: Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi). (41)

Surah Al Anbiya ayat 87
maksudnya:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (87)

Surah Al'Araf ayat 143
maksudnya:
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku) (143)

dan amat suka pada ayat "ahlil kitab"
Surah An Nisa ayat 159
maksudnya:
Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka. (159)

24 December 2008


ada seorang tua,berkata padaku,aku ini umpama lilin...yang mana cahayaku ini menerangi hidup orang lain.tapi,cahaya ini jua yang membakar diriku,sepertinya lilin,membakar diri untuk menerangi kegelapan..
aku akui ada benar kata kata si tua itu,pengalaman banyak membenarkan kata kata dia.aku suka sekali menolong orang lain,tapi akhirnya temui titik tamat aku yang merana.merana?tiada ungkapan sesuai yang mampu aku zahirkan.
sedaya upaya aku untuk menyinarkan cahaya yang terang pada hidup orang lain,aku mahu cahaya ini terang,sejuk buat hidup orang lain..begitu sukar sekali untuk aku kekalkan cahaya yang indah,sepertinya cahaya cahaya dari menara masjidil haram itu,cantik sekali.
aku tidak mahu cahaya ini membakar sesiapa yang mendekati aku.sukarnya untuk mengekalkan cahaya,ada berbagai tiupan angin yang mendatang,jikalau terpadam aku kan selamat.jika ku biarkan menyala aku merana.pilihanku,aku biarkan menyala nyala..

sepertinya aku ini lilin yang menjadi tempat persinggahan juga.jika kegelapan carilah aku,aku masih disini,menyala buat menerangi kegelapan.di kala temui cahaya yang lebih indah,pergilah kesana,kerna cahaya ku ini tidak akan kekal lama.dan akhirnya,aku juga seperti lilin,akan menyala nyala lalu kelak akan terpadam..

26 November 2008

~manusia~

saya sering kali berfikir mengenai manusia ini.sungguh kejadian Allah yang amat mengkagumkan.berbagai ragam.ada yang baik ada yang jahat.ada yang berakal,ada yang gila,ada yang berpura pura gila ada yang berpura pura berakal.

bagi saya iman itu datangnya dari kesempurnaan akal.kerna,sudah kalian ketahui bayi yang baru di lahirkan suci dari dosa dan belum berakal.dilahirkan ke dunia,terpulang dari kalangan keluarga islam atau dari keluarga bukan islam.bagi yang lahir dari kalangan islam,menyempurnakan akalnya untuk berfikir akan mendapat iman dengan jalan yang mudah.lahir dari keluarga islam,di didik dengan jalan islam.

tapi,tidak semestinya lahir dari keluarga islam itu mudah jalannya.lihat saja sebelah kalian,tika ke tempat kerja,tika ke tempat belajar.namanya sungguh islam,tapi bagaimana ciri cirinya?contoh mudah,tidak menutup aurat.belum lagi saya ceritakan tentang negara islam.cukup tentang aurat.lihat saja para gadis gadis.adakah mereka menggunakan akal dengan sebaik baiknya.di situ mereka boleh berfikir dengan mudah,jika tidak menutup aurat boleh jadi hidangan mudah lelaki lelaki.sungguh rugi golongan ini.terlihat jelas potongan tubuh badan,sungguh rugi jadi tatapan kaum lelaki.gunakan akal sekejap,jika tidak menutup aurat,bukankah mudah terjadinya rogol?hijab bukan dijadikan sia sia..ruginya..

tidak semestinya yang lahir dari golongan bukan islam akan terus tersesat.lihat saja saudara saudara baru kita Alhamdulillah.lihat saja statistic saudara baru yang kian meningkat di seluruh dunia.syukur pada Allah.mereka dulunya,hidup dalam kegelapan,mencari sesuatu yang hilang.menggunakan akal dengan sebaik baiknya.cukup berfikir tentang kejadian alam ini,dari mana manusia ini datang.mereka contohnya dari golongan barat mengakui teori darwin itu salah.evolusi yang tidak dapat di buktikan secara bernas,kukuh,lagi benar.

jadinya,yang lahir dari keluarga islam tapi enggan mengakui ke Esaan Allah ini berpura pura berakal walaupun gila~

silakan betulkan saya jika saya silap.

~Mengenal Ibliss~

seharusnya mengelak dari syaitan ini,lebih baik kita mengenal bagaimana syaitan ini.ketahui
kekuatan dan kelemahan syaitan.

Ibliss ada memiliki bala tenteranya,menteri menteri,kerajaan sendiri,pemerintahan dan istananya.
5 jenis syaitan patut kita waspadai.
yang pertama,menurut kalangan jin,bernama Tsabar.selalu mendatangi org yang sedang kesusahan atau ditimpa ujian berat Allah,kematian dan yang berkaitan tentang musibah.
kemudian membisikkan dan menyatakan permusuhan kepada Allah,menyalahkan Allah di atas tiap musibah dan kekurangan yang diterima.jangan menipu diri,memang kadangkala kita akan menyalahkan Allah antara sedar dan tidak..perhatikan kata kata yang keluar dari percakapan kalian tika di timpa musibah.

yang kedua bernama Dasim.syaitan ini akan berusaha untuk mencerai beraikan ikatan perkahwinan,melihatkan kekurangan sesama pasangan,membisikkan nista di hati suami dan isteri.silakan lihat suasana di keliling kalian.semasa bercinta sungguh hebat,tika sudah berkahwin suami berjalan di depan,nun disana~isteri di belakang memegang anak anak.perhatikan dan mengapa ini terjadi.lalu,apakah sebenarnya cinta di hati sesama insan ini.paras penceraian yang kian meningkat jua.

yang ke tiga,bernama Al-A'war.seluruh kerajaan di bawah pemerintahannya adalah bala tentera dalam memudahkan terjadinya penzinaan sesama manusia.anak anaknya menghiasi indah para wanita yang enggan menghijab diri sendiri tika keluar rumah,wanita yang enggan menutup aurat.silakan lihat sekeliling kalian,jangan menipu mata dan hati kalian,jangan hanya ke masjid~silakan jauhkan langkah kaki kalian yang pantas itu ke tempat tempat tumpuan para remaja.perhatikan gerak geri,selami apa yang tersirat si sebalik aurat yang terdedah.di situ,terdapat syaitan yang sedang berusaha sedaya upaya menghiasi indah para gadis supaya sang lelaki tergoda lalu terjadinya zina.setiap helaan nafas,setiap inci gerakan si gadis diperelokkan seindah rupa buat tatapan mata lelaki.


yang ke empat,bernama Maswath,hebat dan bijaksana dalam membuat pembohongan.lihat saja fitnah besaran besaran yang berlaku di alam dunia ini.tak perlu saya perincikan,kalian lagi bijaksana.

dan yang kelimanya,Zalnabur.syaitan sialan ini ada di kumpulan manusia,sepertinya di tempat tempat tumpuan manusia,kediaman manusia manusia.syaitan ini menyebarkan pertengkaran,caci maki,perselisihan walhal sesama islam,bunuh membunuh,laksana ingin sendiri mengahapuskan saudara sendiri walau hal dunia ini.nah~lihat saja di tv sudah cukup.

~Manusia~

kasihan kau manusia..
apa yang kau cari..
cinta yang mulia,mencari apa manusia?
atau mencari sesuatu yang ada didepan mu..
sesat..
mancari jalan yang hilang..
lemahkah langkahmu..
longlaikah nafasmu..
dunia itu mimpi..
menjalin setiap inci tubuhmu..
menyelimut dirimu dalam kegelapan..

aturkan segenap kudratmu..
tegakkan kakimu..
helakan nafasmu..
ratakan dahimu..
tika itu kaukan tahu,kau hanya hanyut dibuai bayang bayang..

mencari apa?
nah~sudah terbentang dihadapanmu..
butakah mata,atau butakah mata hatimu?
kiranya kau menipu dirimu?
kasihan kau manusia..

biarkan dia..
hanyut~menerebos segenap ruang ruang..
sayapnya patah,melayang jua..
ke tepian,terhuyung hayang..
mengapai gapai pucuk yang rendah..
kau rugi..
sungguh sekali kau kerugian manusia..

usah dipinta lagi.
ini yang kau jalani dulu.
usah kau rayu..
suaramu tiada erti lagi..
kasihan kau manusia..

~Pengenalan~

Assalamualaikum w'Allah..
tidak tahu mahu menulis tentang apa.seharian menghasilkan blog ini.hampir terlupa basic2 mudah.
terpaksa membuka kembali buku buku lama dan cari di internet..
saya berumur 24 tahun ini Alhamdulillah.
tidak banyak yang menarik mengenai diri ini yang enak di ceritakan.seorang hambaNya yang mencari Cinta yang Hakiki.
seorang pemikir,pemerhati,penilai alam ini,kejadian manusia,sifat sifat manusia,akal manusia,nasib qada dan qadar manusia,perjalanan hidup alam ini dan manusia.
lebihnya seorang pemerhati manusia.manusia ciptaan Allah yg sungguh hebat bermula dari Adam.
seorang yang suka melihat alam dan ragam manusia.dan juga,suka mengkaji tentang perkara perkara ghaib yang di redhai Allah.ilmu yang amat bermanfaat.

dan jika ada hasil posting2 saya yang salah,silakan betulkan saya. email saya farizfansuri@yahoo.com dan juga ym saya farizfansuri@yahoo.com