26 December 2008

Al Quran

secara tiba tiba saya suka pada ayat "subhanaka".lalu saya mencari ayat ayat yang berkaitan..

Surah Saba ayat 41
maksudnya:
Malaikat menjawab: Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi). (41)

Surah Al Anbiya ayat 87
maksudnya:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (87)

Surah Al'Araf ayat 143
maksudnya:
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku) (143)

dan amat suka pada ayat "ahlil kitab"
Surah An Nisa ayat 159
maksudnya:
Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka. (159)

24 December 2008


ada seorang tua,berkata padaku,aku ini umpama lilin...yang mana cahayaku ini menerangi hidup orang lain.tapi,cahaya ini jua yang membakar diriku,sepertinya lilin,membakar diri untuk menerangi kegelapan..
aku akui ada benar kata kata si tua itu,pengalaman banyak membenarkan kata kata dia.aku suka sekali menolong orang lain,tapi akhirnya temui titik tamat aku yang merana.merana?tiada ungkapan sesuai yang mampu aku zahirkan.
sedaya upaya aku untuk menyinarkan cahaya yang terang pada hidup orang lain,aku mahu cahaya ini terang,sejuk buat hidup orang lain..begitu sukar sekali untuk aku kekalkan cahaya yang indah,sepertinya cahaya cahaya dari menara masjidil haram itu,cantik sekali.
aku tidak mahu cahaya ini membakar sesiapa yang mendekati aku.sukarnya untuk mengekalkan cahaya,ada berbagai tiupan angin yang mendatang,jikalau terpadam aku kan selamat.jika ku biarkan menyala aku merana.pilihanku,aku biarkan menyala nyala..

sepertinya aku ini lilin yang menjadi tempat persinggahan juga.jika kegelapan carilah aku,aku masih disini,menyala buat menerangi kegelapan.di kala temui cahaya yang lebih indah,pergilah kesana,kerna cahaya ku ini tidak akan kekal lama.dan akhirnya,aku juga seperti lilin,akan menyala nyala lalu kelak akan terpadam..