08 May 2009

Sombong Akan Beribadah Kepada Allah


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah,Yang Pemberi Rahmat.

Seringkali aku keliru dalam melihat malahan menilai manusia manusia yang dizinkan Allah untuk berilmu.siapalah aku untuk menilai manusia yang berilmu khususnya ilmu dalam mencapai jalan kehadrat Allah.jika ilmu yang dimiliki manusia itu ilmu ilmu dunia,boleh diuji dengan peperiksaan seperti peperiksaan di universiti untuk di iktiraf ilmunya.bagaimana pula dengan golongan yang lidahnya menyebut benar lagi jelas bahawa dirinya pemegang ilmu ma'arifat atau pun jalannya sufi.
masih lagi aku bernafas untuk mengenali dan terus mencari para kekasihNya yang benar benar ingin aku dampingi,yang ingin aku jalinkan persaudaraan yang istimewa.aku diberi peluang untuk memahami,mempelajari rahsia rahsia manusia yang bukan aku inginkan.kerna semakin banyak aku memahami rahsia rahsia manusia manusia semakin perit untuk ku fahami.terdetik rasa malu,kasihan dan benar2 membuktikan Allah itu Maha Esa...

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

"Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.
Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka. "

"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya."
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.


Tak perlu aku merayu rayu dalam blog berdoa.rayuanku,tundukan wajahku hanya pada Allah.Allah Maha Mengetahui.yang baik dari Allah,yang salah dari aku.ingatan kepada diriku dan juga manusia yang lain.biar kebodohan,kejahilanku mendekatkan diri ini kepada Allah,dari keta'atan ibadahku yang menjauhkan diriku dari Allah~