29 June 2010

Janji buat insan kecil kesayanganku




Janjiku padamu insan kecil kesayanganku berbahagialah bersamama kesayangan Penciptamu.
Janjiku padamu insan kecil kesayanganku akan ku tunaikan.
Janjiku padamu insan kecil kesayanganku penguat jiwaku.

~Rupanya insan kecil ini tidak wujud Allahuakhbar.aku hibahkan segala Al fatihah ku kepada anak anak kecil lain.

18 April 2010

jeritan anak kecil itu~ilussi





kelahiran anak ini,terpulang pada jalan pilihannya di tangan sendiri.perjalan anak kecil itu berbeda dengan insan insan lain.ujian ujian ditempa istimewa hanya untuk anak kecil itu.perasaan dia berbeda,melurut alur bukan sejalan insan di sekelilingnya.fikirannya,penglihatannya berbeda.hatinya diasah kejam seiring perjalan tiap detik nafas yang dihembus kali.
disitu,saban embun malam tiba anak kecil itu menangis hiba,mencerca domba menilin tika ujian istimewanya.
pegangannya luluh,meratap sayu bak burung hilang sayapnya.merayu lesu tak kunjung tiba.
apa peganganmu si anak kecil.tiap rayuanmu terbuka pintu pintu langit.istimewanya tangisanmu meluluh pintu pintu langit sehingga terbentang luas antara langit hingga kesisiNya.DIa sentiasa ada disetiap nafasmu.

disitu.lihatlah wahai anak kecil,itu adalah Pembawa Cahaya insan insan.telah tiba Pembawa Cahaya itu kembali pada tempatnya.tiap titisan darah,keringat serta semangatnya telah tamat.lihatlah,ini Pembawa Cahaya,Yang Agung,Yang Dicintai Maha Esa.kaku..mengharap tiap insan selepasnya benar menurut ajarannya.

disitu,insan itu memanggil anak kecil itu dengan senyuman mesra..anak kecil kehairanan.si anak kecil hanya mengikut tiap perjalan insan itu.setiap perjalan anak kecil,dilihatnya satu kaum yang taat pada Islam.dibukanya insan itu pintu pintu besar hingga masuk ke sebuah kamar.lihatlah anak kecil~itu adalah ajaran pembawa Cahaya.tiba saatnya kelak gunakan apa yang kau lihat itu kerana Allah.teruskan perjuangan Pembawa Cahaya.ingatlah,gunakan kerana Allah.
lalu anak kecil berjanji,akan meggunakannya kerana Allah.hilangkanlah tipu daya dunia,hapuskan segala pembunuh ahlul bayt mu,lenyapkan semua pembunuh insan insan yang mengikut ajaran Pembawa Cahaya.ingalah,semuanya kerana Allah.

dimana ini.anak kecil kehairanan.didepan anak kecil itu jutaan cahaya cahaya indah.indah sekali disertakan bunyi bunyian gemersik menikam kalbu.kemana haluan cahaya cahaya indah ini.di situ,anak kecil dipanggil cahaya yang sedarah dengan Pembawa Cahaya.ikutlah anak kecil,itu cahaya yang amat disayangi Pembawa cahaya.ikutlah cahaya itu.lihatlah apa yang ditunjukkan cahaya itu.bersyukurlah wahai anak kecil.setiap ujian ujianmu ada hikmahnya.


dunia ini kejam.darah anak kecil ini di ingini pendusta dunia.kenyataan dunia ini,titisan darah anak kecil amat di ingini oleh insan insan yang pendusta.sabarlah anak kecil.lihatlah Pembawa cahaya dan penyebar ajaran Pembawa Cahaya,sejak permulaan zaman Pembawa Cahaya hingga kiamat titisan darahmu di ingini pendusta dunia.
anak kecil tiada daya..disitu dia mengharap keAgungan Yang Maha Esa.tiap janji Allah itu benar.bersabarlah wahai anak kecil.kelak disana,berhimpunlah,carilah siapa yang ingin menghapuskan mu wahai anak kecil,dengan izin Allah segala janji Allah itu benar.berdiri megah wahai anak kecil.jangan ditangisi dunia ini,dunia hanyalah tipu daya.setiap hela nafasmu,semakin dekat dengan Yang Maha Esa.
lihatlah,itu syaitan.tika solatmu syaitan itu peganggumu.ujian istimewa anak kecil.syaitan itu juga yang ingin membunuhmu anak kecil.bersabarlah,janji allah itu benar.

anak kecil itu ditimpa ujian istimewa.dia kembali sujud pada Yang Maha Esa.alunan zikir dia membawa dia hingga ke langit.hati dia sunyi,sepi tanpa apa.hanya Cinta pada Yang Maha Esa..dengari alunan zikir anak kecil,ikuti dia wahai alam,berzikirlah bersama dia memuji Allah.selamatkan Khumaira.hilang khumaira,hilang penyambung ajaran Pembawa Cahaya.

berdirilah anak kecil.segala ujianmu,ada hikmahnya.usah ditangisi,semakin dekat janji itu.kembalilah anak kecil..


(FarizFansuri~biarlah kebodohanku kehinaanku mendekatkan diriku dengan Allah dari ketatan,kemegahan ibadatku yang jauh dari Allah~)

19 March 2010

Cinta Hakikat Tersirat Rindu




sudah lama blog ini tidak tertulis apa apa.blog aku bukan diari aku.blog diari untuk kanak kanak ribena ;)apa itu Cinta Hakikat Tersirat?entah aku pun tak tau.kalau kau pandai kau fikir sendiri :D
menulis dengan hati yang tenang kini.setiap helaan nafasku ini,berulang ulang dengan perasaan azali manusia biasa.manusia itu hidupnya berulang ulang.ada kala aku sedih,adakala gembira pulak.teringat sms aku dengan AlMarhum Guru(Al Fatihah).aku katakan pada dia"Guru,setiap manusia mesti mati!"lalu dengan penuh kasih sayangnya,guru membalas"nak fariz,setiap manusia memang akan mati.itu semua kerja Tuhan.nak fariz masih muda,mengapa inginkan kematian semua manusia?"
lalu aku pun diam.
hari ini,malam ini aku begitu rindu pada kaum keluargaku,guru2ku,rakan2,keturunan2ku.
teringat pada AlMarhum adik ku,datuk2 ku serta semuanya.Baginda,Ummu Khaltum..
bagaimana keadaan semuanya.setiap yang hidup pasti mati,kekal abadi disana,disini sekejap cuma.
malam ini mengapa aku begitu rindu pada semua.mereka semua hidupnya sudah berlalu.kematian tiba lalu berbahagia disana.teringat aku sakit tempoh hari,kiri kanan tangan ada wayar masuk air.tekanan darah rendah,hingga satu saat,aku diam meminta Malaikat Maut mengambil ku.tapi masanya belum tiba.akan tiba juga saat itu seiring dengan setiap saat berlalu.
seorang sahabat,seringkali bertanya cinta aku pada seorang hambaNya.aku merasa hairan?cinta ku,rindu ku yang sebenar benarnya hanya pada Maha Pencipta.jika kau dapat merasakan betapa kecilnya cinta sesama manusia,nescaya kau membenci cinta manusia tika kau mati lalu tahu betapa hebatnya cinta pada Allah.salah.Baginda cinta umatnya hingga sakaratul maut.masih berfikir umatnya hingga saat terakhir nafasnya.hingga wafat masih lagi menjaga adan Cintakan keturunannya.
kesian Muhammad.
ada ummat mu yang berbahagia di dunia,azab di akhirat,ada yang azab di dunia,berbahgia di akhirat.tak boleh ke bahagia dunia akhirat?boleh,dengan ajaran Muhammad.senang cerita.
manusia fikir dapat memperbodohkan Tuhan,tapi diri sendiri perbodohkan diri.kesian manusia.kubur sempit.rumah besar ya amat,kubur sempit.nak besar kubur kat laut.besar sangat2.
fikir sejenak~~~~cinta kepada Allah itu sebenar benar cinta.bilamana mati,segala isteri isteri,anak anak,rumah,harta,perniagaan,nama,pangkat pangkat tinggal di dunia.pandang jauh kehadapan,bukan pandang didepan,tapi melebihi batas hadapan.mati.
cintai mati.semua manusia memang mati.fikirkan apa jadi semasa mati,selepas mati.Cinta sesama manusia akan padam tika sakaratul maut menjelma,sakitnya azab maut terlupa dimana cinta manusia,tenggelam segala rindu dendam sesama manusia.saat selepas mati,akan ketakutan,siapa yang akan membantu tika kegelapan.segala pangkat pangkat tiada di batu nisan yang boleh membantu.hidup la selagi hidup,mati la sematinya.yang sebenar benar darjat hanya Allah yang memilikinya,mengetahuinya siapa kekasihNya.

cinta sesama manusia tidak salah.perlu seiring dengan islam.islam tidak pernah menolak apa yang ada dalam diri manusia.tetapi perlu seiring dengan islam.islam itu indah.sempurna lagi benar.




"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). "(At Taubah:24)



(~aku da jadi kanak kanak ribena~) FarizFansuri~

03 February 2010

Manusia Mesti Mati




Seringkali Hati ini keliru,antara muka dosa pahala rahmat ihsanNya.Terutamanya ujian ujian yang hampir pada diri ini.aku berdoa,bila akhirat ku tiba,aku ingin meraikan umat umat islam yang bercahaya kemenangan.aku juga berdoa aku ingin sekali meraikan kekalahan syaitan.tetapi ujian itu tetap tiba untuk aku di dunia bodoh ini.hati ini diuji oleh sifat sifat keji jahiliah yang terbenam dulu kala,muncul kembali dalam diri saudara se agamaku.haruskah aku membalas kembali atau haruskah aku menunggu hari pembalasan itu.persoalan yang menerawang berulang kembali dalam pemikiran ku ini.seolah olah bercampur baur antara belas kasihan antara saudara se agama.aku jadikan diriku mulia memaafkan mereka?atau terlalu bodohkah aku membiarkannya?pembalasan akan tiba.mati itu tetap tiba.bilamana semua manusia itu mati didunia,perlukah aku berhadapan dengan mereka ini.

seringkali aku berfikir,perlukah aku membuat perhitungan di akhirat kelak.binasalah aku.manusia itu jahil.manusia itu dilahirkan mulia.darjatnya tinggi di sisi Allah.kebodohan,kejahilan menjatuhkan hina manusia manusia yang dalam kegelapan.apa yang dicari ada dalam diri.puaskankan hati hati itu dengan keduniaan yang palsu ini.dunia ini hanya sementara.manusia mesti mati.

manusia itu pura pura.ketakutan ku bukan pada syaitan.ketakutan ku pada manusia yang jahiliah dan yang berpura pura.manusia manusia itu pura pura.disangka kan tangannya mencapai langit,segala usahanya menyentuh bintang bintang.lalu apa hasilnya.kepuasan hati yang tidak pernah mencukupi.memenuhi ruang ruang kosong yang hambar tiada gunanya.lalu manusia mati.manusia mesti mati.

bersihkan hati itu dengan zikrullah..bilamana hati itu dipenuhi cinta yang teramat kepada Allah,ujian ujian itu hanya sandiwara manusia manusia.

manusia mesti mati.mati itu akan tiba.setiap helaan nafas itu mendekatkan lagi diri manusia pada kematian dunia.sakitnya maut kupejamkan mata.laksana azab yang tak terganggung ku lihat.bagaimana akhir zaman,kematian besar besaran..




[1]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4]
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
[5]
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12]
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13]
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15]
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16]
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
[18]
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21]
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24]
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
[26]
Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
[27]
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]
Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]
Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]
Serta buah-buahan yang banyak,
[33]
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38]
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41]
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]
Serta naungan dari asap hitam,
[44]
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46]
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]
Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]
"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
[49]
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
[50]
"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
[51]
"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52]
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]
"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]
"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]
"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
[56]
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58]
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61]
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
[62]
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[63]
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66]
(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]
"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
[68]
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75]
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
[76]
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
[77]
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81]
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
[82]
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83]
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
[84]
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
[85]
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
[87]
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
[88]
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
[89]
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
[90]
Dan jika ia dari puak kanan,
[91]
Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
[92]
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93]
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94]
Serta bakaran api neraka.
[95]
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96]
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

~SURAH AL WAAQI'AH~


116]
Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
[117]
(Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[118]
Dan kepada orang-orang Yahudi, Kami haramkan apa yang telah kami ceritakan kepadamu dahulu; dan tiadalah Kami menganiaya mereka (dengan pengharaman itu), tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
[119]
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[120]
Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.
[121]
Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.
[122]
Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.
[123]
Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.
[124]
Sesungguhnya hari Sabtu itu dijadikan (Hari kelepasan yang wajib dihormati) atas orang-orang (Yahudi) yang telah berselisihan padanya; dan sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa yang mereka telah berselisihan padanya.
[125]
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
[126]
Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
[127]
Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
[128]
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

~SURAH AL NAHL AYAT 116-128~