19 March 2010

Cinta Hakikat Tersirat Rindu




sudah lama blog ini tidak tertulis apa apa.blog aku bukan diari aku.blog diari untuk kanak kanak ribena ;)apa itu Cinta Hakikat Tersirat?entah aku pun tak tau.kalau kau pandai kau fikir sendiri :D
menulis dengan hati yang tenang kini.setiap helaan nafasku ini,berulang ulang dengan perasaan azali manusia biasa.manusia itu hidupnya berulang ulang.ada kala aku sedih,adakala gembira pulak.teringat sms aku dengan AlMarhum Guru(Al Fatihah).aku katakan pada dia"Guru,setiap manusia mesti mati!"lalu dengan penuh kasih sayangnya,guru membalas"nak fariz,setiap manusia memang akan mati.itu semua kerja Tuhan.nak fariz masih muda,mengapa inginkan kematian semua manusia?"
lalu aku pun diam.
hari ini,malam ini aku begitu rindu pada kaum keluargaku,guru2ku,rakan2,keturunan2ku.
teringat pada AlMarhum adik ku,datuk2 ku serta semuanya.Baginda,Ummu Khaltum..
bagaimana keadaan semuanya.setiap yang hidup pasti mati,kekal abadi disana,disini sekejap cuma.
malam ini mengapa aku begitu rindu pada semua.mereka semua hidupnya sudah berlalu.kematian tiba lalu berbahagia disana.teringat aku sakit tempoh hari,kiri kanan tangan ada wayar masuk air.tekanan darah rendah,hingga satu saat,aku diam meminta Malaikat Maut mengambil ku.tapi masanya belum tiba.akan tiba juga saat itu seiring dengan setiap saat berlalu.
seorang sahabat,seringkali bertanya cinta aku pada seorang hambaNya.aku merasa hairan?cinta ku,rindu ku yang sebenar benarnya hanya pada Maha Pencipta.jika kau dapat merasakan betapa kecilnya cinta sesama manusia,nescaya kau membenci cinta manusia tika kau mati lalu tahu betapa hebatnya cinta pada Allah.salah.Baginda cinta umatnya hingga sakaratul maut.masih berfikir umatnya hingga saat terakhir nafasnya.hingga wafat masih lagi menjaga adan Cintakan keturunannya.
kesian Muhammad.
ada ummat mu yang berbahagia di dunia,azab di akhirat,ada yang azab di dunia,berbahgia di akhirat.tak boleh ke bahagia dunia akhirat?boleh,dengan ajaran Muhammad.senang cerita.
manusia fikir dapat memperbodohkan Tuhan,tapi diri sendiri perbodohkan diri.kesian manusia.kubur sempit.rumah besar ya amat,kubur sempit.nak besar kubur kat laut.besar sangat2.
fikir sejenak~~~~cinta kepada Allah itu sebenar benar cinta.bilamana mati,segala isteri isteri,anak anak,rumah,harta,perniagaan,nama,pangkat pangkat tinggal di dunia.pandang jauh kehadapan,bukan pandang didepan,tapi melebihi batas hadapan.mati.
cintai mati.semua manusia memang mati.fikirkan apa jadi semasa mati,selepas mati.Cinta sesama manusia akan padam tika sakaratul maut menjelma,sakitnya azab maut terlupa dimana cinta manusia,tenggelam segala rindu dendam sesama manusia.saat selepas mati,akan ketakutan,siapa yang akan membantu tika kegelapan.segala pangkat pangkat tiada di batu nisan yang boleh membantu.hidup la selagi hidup,mati la sematinya.yang sebenar benar darjat hanya Allah yang memilikinya,mengetahuinya siapa kekasihNya.

cinta sesama manusia tidak salah.perlu seiring dengan islam.islam tidak pernah menolak apa yang ada dalam diri manusia.tetapi perlu seiring dengan islam.islam itu indah.sempurna lagi benar.




"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). "(At Taubah:24)



(~aku da jadi kanak kanak ribena~) FarizFansuri~