18 April 2010

jeritan anak kecil itu~ilussi





kelahiran anak ini,terpulang pada jalan pilihannya di tangan sendiri.perjalan anak kecil itu berbeda dengan insan insan lain.ujian ujian ditempa istimewa hanya untuk anak kecil itu.perasaan dia berbeda,melurut alur bukan sejalan insan di sekelilingnya.fikirannya,penglihatannya berbeda.hatinya diasah kejam seiring perjalan tiap detik nafas yang dihembus kali.
disitu,saban embun malam tiba anak kecil itu menangis hiba,mencerca domba menilin tika ujian istimewanya.
pegangannya luluh,meratap sayu bak burung hilang sayapnya.merayu lesu tak kunjung tiba.
apa peganganmu si anak kecil.tiap rayuanmu terbuka pintu pintu langit.istimewanya tangisanmu meluluh pintu pintu langit sehingga terbentang luas antara langit hingga kesisiNya.DIa sentiasa ada disetiap nafasmu.

disitu.lihatlah wahai anak kecil,itu adalah Pembawa Cahaya insan insan.telah tiba Pembawa Cahaya itu kembali pada tempatnya.tiap titisan darah,keringat serta semangatnya telah tamat.lihatlah,ini Pembawa Cahaya,Yang Agung,Yang Dicintai Maha Esa.kaku..mengharap tiap insan selepasnya benar menurut ajarannya.

disitu,insan itu memanggil anak kecil itu dengan senyuman mesra..anak kecil kehairanan.si anak kecil hanya mengikut tiap perjalan insan itu.setiap perjalan anak kecil,dilihatnya satu kaum yang taat pada Islam.dibukanya insan itu pintu pintu besar hingga masuk ke sebuah kamar.lihatlah anak kecil~itu adalah ajaran pembawa Cahaya.tiba saatnya kelak gunakan apa yang kau lihat itu kerana Allah.teruskan perjuangan Pembawa Cahaya.ingatlah,gunakan kerana Allah.
lalu anak kecil berjanji,akan meggunakannya kerana Allah.hilangkanlah tipu daya dunia,hapuskan segala pembunuh ahlul bayt mu,lenyapkan semua pembunuh insan insan yang mengikut ajaran Pembawa Cahaya.ingalah,semuanya kerana Allah.

dimana ini.anak kecil kehairanan.didepan anak kecil itu jutaan cahaya cahaya indah.indah sekali disertakan bunyi bunyian gemersik menikam kalbu.kemana haluan cahaya cahaya indah ini.di situ,anak kecil dipanggil cahaya yang sedarah dengan Pembawa Cahaya.ikutlah anak kecil,itu cahaya yang amat disayangi Pembawa cahaya.ikutlah cahaya itu.lihatlah apa yang ditunjukkan cahaya itu.bersyukurlah wahai anak kecil.setiap ujian ujianmu ada hikmahnya.


dunia ini kejam.darah anak kecil ini di ingini pendusta dunia.kenyataan dunia ini,titisan darah anak kecil amat di ingini oleh insan insan yang pendusta.sabarlah anak kecil.lihatlah Pembawa cahaya dan penyebar ajaran Pembawa Cahaya,sejak permulaan zaman Pembawa Cahaya hingga kiamat titisan darahmu di ingini pendusta dunia.
anak kecil tiada daya..disitu dia mengharap keAgungan Yang Maha Esa.tiap janji Allah itu benar.bersabarlah wahai anak kecil.kelak disana,berhimpunlah,carilah siapa yang ingin menghapuskan mu wahai anak kecil,dengan izin Allah segala janji Allah itu benar.berdiri megah wahai anak kecil.jangan ditangisi dunia ini,dunia hanyalah tipu daya.setiap hela nafasmu,semakin dekat dengan Yang Maha Esa.
lihatlah,itu syaitan.tika solatmu syaitan itu peganggumu.ujian istimewa anak kecil.syaitan itu juga yang ingin membunuhmu anak kecil.bersabarlah,janji allah itu benar.

anak kecil itu ditimpa ujian istimewa.dia kembali sujud pada Yang Maha Esa.alunan zikir dia membawa dia hingga ke langit.hati dia sunyi,sepi tanpa apa.hanya Cinta pada Yang Maha Esa..dengari alunan zikir anak kecil,ikuti dia wahai alam,berzikirlah bersama dia memuji Allah.selamatkan Khumaira.hilang khumaira,hilang penyambung ajaran Pembawa Cahaya.

berdirilah anak kecil.segala ujianmu,ada hikmahnya.usah ditangisi,semakin dekat janji itu.kembalilah anak kecil..


(FarizFansuri~biarlah kebodohanku kehinaanku mendekatkan diriku dengan Allah dari ketatan,kemegahan ibadatku yang jauh dari Allah~)