13 August 2013

Bisikan Alam





Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.
Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya),
Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.

Surah Qaaf~ayat 38 - 42

sudah satu ketentuan mungkin,menyangka diri menyarung keindahan sementara,
bila mana satu masa di sarungkan putih sahaja,tanpa corak indah gemerlapan hendaknya,kelak berlumpur,basah.
manusia manusia itu berlumba lumba tanpa penamat,menuju satu laluan dimana hadiahnya tanpa apa yang pasti,mungkinnya satu kekayaan,satu penghormatan,satu pencapaian yang amat dibanggakan mata dunia.
satu ulangan,ulangan yang sudah ditetapkan oleh yang tertinggi menyeru jalan jauh ke dalam api.sudah dididik
dari kecil bahawa ulangan ini perlu dan wajib,lalu manusia manusia itu mengikutinya.
menyangka ini satu pencapaian,ini satu usaha.
malang sekali.
satu mata,melihat gembira manusia manusia,dari kaum kaum,bangsa bangsa,agama agama memilih aturannya.
satu mata ditutup dari melihat kebenaran,yang memang sudah diketahui kebenarannya.
masa satu titik,satu noktah itu hidup.akhirat itu terus menerus kekal abadi.

suara suara itu kuat.nun jauh sayup.