19 February 2015

~Hijrah





Tempoh hari,sempat ke muar.walaupun dalam keadaan terkejar kejar,mahu menuju satu destinasi yang tidak pernah pergi.tidak tahu jalan hanya berpandu google map itu pun dalam ingatan saja.Alhamdulillah selamat sampai juga.

Tercapai juga hajat bertemu insan yang sudi mengajar,menasihati,membimbing diri ini.
Pelajaran pertama adalah istinjak.nampak mudah,remeh.tapi amatlah penting.

setelah istinjak,cara mengambil wudu dengan sempurna.barulah tahu apa perbezaan bersih dengan suci.setelah wudu,pelajaran paling penting adalah cara solat.solat seperti Rasulullah.dari kecil selalu tertanya tanya,bagaimanakah Rasulullah solat.

sebut tentang solat,jika pergerakan besar 3 kali batal solat.fikirkan satu yang mudah.tika mahu bangun sujud sudah berapa pergerakan?sendi sendi yang bergerak sudah berapa jika bangun sujud?
yaaaa fikirkan.back to basic.nampak mudah kan.bila diperhalusi akan nampak jelas salah silap itu.

setelah itu,berbai'ah.ambil sedikit amalan alhamdulillah.

saya kongsi sedikit pengalaman malam tu.silent reader ramai rupanya.silent killer pun ada juga.pada silent reader moga post ini bermanfaat.to silent killer keep searching.what u started will end.soon,the victory is ours.

baik.selepas wudu,penyucian sempurna itu,memang terasa sejuk rohani dan jasmani.memang terasa perbezaannya.rasa lebih tenang,sejuk,nyaman.selesa.tu baru wudu.
solat pula,memang ketara jelas sekali hendaknya.ya,rasa betapa kecil diri ini.hamba.

saya tak dapat nak terang,ajar cara istinjak,wudu,solat dengan sempurna.saya tidak layak dan tidak berijazah.cuma satu saya dapat kongsi disini,bila buang hajat besar,tutup lah kepala.memang saya amal dari sekolah rendah sampailah sekarang.


"Semoga dia bertaqwa seperti aku"
subhanAllah.betapa tidak layak diri ini didoakan sultan aulia.menitis air mata ini tapi ditahan didepan guru dan pembantunya.betapa sebak dada tika itu.Alhamdulillah.satu pengalaman indah,cukup istimewa.

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
(Surah At Thur:ayat 21)

pada yang ingin belajar silakan.disini  Pancaran Tenaga Insan




Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah An Nisa Ayat 100)


Moga bermanfaat.
(akhir akhir ini apa yang aku tulis,kata kata ini lebih halus)
:)