29 October 2018

11



Hampir 11 tahun menulis disini.
Betapa pantasnya masa berlalu.Sedar dan tidak secara tiba tiba berada di masa kini.
Aneh.Imbangan kehidupan itu benar wujud.Timbal balik,berpusing mengikut turutan.Setiap kesusahan ada jalan keluar.Setiap ujian ada hikmah.

Kehidupan,berbentuk satu noktah tetapan.Titik.Juga sedikit,pilihan.
Umpama.Ibu bapa itu satu tetapan.Takdir.Tidak mampu walau sebillion kuasa mampu mengubahnya .
Akan tetapi kita manusia,ada juga kuasa untuk memilih.Walau sedikit,impact kesan mampu mewarna corak kehidupan,dan yang utama membentuk jalan ke arah kematian.Kehidupan fana abadi akhirat.

Bagaimana pilihan sendiri.Memilih rezeki,memilih mengikut landas agama.Memilih berbagai rupa lagi.Bermacam macam,berbentuk bentuk.Wajah itu berupa rupa.

Jadi,bagaimana mahu memilih yang kita perlukan,bukan yang kita mahukan.Tawakal.Berdoa dan usaha.Indah kehidupan ini.Beragam ragam,berbagai warna warna kehidupan.

Jatuh bangun itu tertulis.Pilihan sendiri itu ada ditangan masing masing.Adakah memilih untuk diri sendiri percaya adalah yang terbaik,atau berserah tunggak pada yang Maha Esa.

Diri ini memandang juga meniliti.
Selagi nafas dikandung badan,tawakal doa dan usaha itu satu penyataan dan perbuatan.








08 June 2018

Satu pandangan 10 tahun lalu.
Aku melihat pandangan mata itu.Masih meruntun sanubari.
Sedang aku,tidak punya kuasa.Hanya sekadar melihat sekali lalu.

Mengapa.
Sudah bukan lagi kuasaku,dan mengapa juga aku diperlihatkan pandangan itu.
Jalan sudah berbeza.Masing masing punya takdir ketentuan sendiri.Hak sendiri yang berkuasa memilih.Akan tetapi,bagi diri ini,Pilihan ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk aku.

Aku penuh dengan salah silap.Mohon ampun dan maaf.Urusan Allah dan aku mohon maaf dan aku memaafkan.Diri ini didik agar bersimpati,saling memaafkan.Pengalaman lalu dijadikan panduan.

Dek kerna pengalaman itu yang mendidik diri ini menjadi dewasa.Begitulah,hikmah ada tersurat dan tersirat.Kembali pada tali agama,maka semua simpul akan terbuka,lurus terang lagi bersuluh laluan.

Alhamdulillah.Ujian lalu berhasil aku jalani.Ujian diberi mengikut tahap kemampuan masing masing.
Peperiksaan naik darjah,ujian naik pangkat.Begitulah perumpamaan.

Dengan izin rahmat Allah,aku jalani hidup kedepan.
Tanpa belenggu masa lalu.Sudah aku buka dan urai satu persatu.Maka terbuka bebas dan sedia di ikat kembali.Alhamdulillah.

Disini,ingin sekali aku bernama seperti ini,memohon ampun dan maaf.
Aku sudah lama memaafkan,kerana aku tidak melihat hitam,aku menilai putih gemerlang cahaya itu dulu.Dimana,setitik cahaya itulah yang menerangi sekelompok tinta hitam.


Kelak,aku akan memikul tanggujawab.
Hanya satu insyAllah untukku dunia akhirat.Sekali lagi,ampun dan maaf.Doakan diri ini,seperti mana pernah diri ini doakan saban waktu dulu.Atau pun cukuplah sekadar salam kemaafan dari diri itu dan keluarga.

Ampun dan maaf.
Kerana diri ini sangat sayang akan akhirat.Sangat takut akan ujian ujian.Diri ini mahu tenang dunia akhirat,bersama pilihan diri ini,pilihan Allah.Cukup takut kalau kalau akhirat nanti diri ini dan separuh dari diri ini terhenti kerana ada dosa kesilapan lalu yang mahu dituntut hisab.

Senyumlah,seperti mana waktu dulu.bahagia menari nari.
Punya seribu keindahan,semoga kekal dan bertambah taqwa,tenang jalani kehidupan menuju akhirat bersama keluarga masing masing.Sabar dan redha jalani ujian ujian.Zikir jadikan amalan peneman.


Alhamdulillah,masih Allah memberi peluang untuk merapatkan saf,mencukupkan saf solatku.
InsyAllah.

~Salam ampun dan maaf.


18 May 2018

Takdir




Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.
(Luqman 31:7



Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.
(Luqman 31:31)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".
(Al-Israa' 17:84)


23 April 2018

Hati






Sungguh muzik ini benar menjentik emosi.Pengaruh Rick and morty.
Sengaja ku biar muzik beralun perlahan.Sambil aku membaca tulisan diri sendiri.Meniliti, memahami dan terus menyelami setiap baris bait tulisan tulisan.

Tersentuh,sebak merudum jiwa.
Meresap sayup jauh ke dalam hati di kala melihat gambar gambar lama.Ini,benar di kala aku mencari arah dan meniti jalan.Terlihat betapa jauh ke dalam pipi.Begitulah jauh jatuhnya diri sendiri.

Berjalan mencari cari.Menutup ruang ruang yang lohong kosong terbuka lerai.
Aku adalah aku.Setiap langkah nafas hela,setiap jalur itu masih tertanam dalam.Aku memandang sekilas lalu pandangan silam.Kembali menoleh menyapa keindahan hitam masa semalam.

Ujian yang pada diriku,sangat berat.
Sepuluh tahun itu masa berjalan.Dari seorang anak  menjadi dewasa terus meniti tua.Ku titip masa silam.Meniti bait kata kata,janji janji,keindahan kemanisan anak anak.

Tersentuh jiwa dan nurani.Sedar atau tidak.Ujian itu berat rupanya.Sepuluh tahun itu seretan masa yang aku lalui,bina bersama sama.Jika ditanya,adakah aku masih ingat akan semuanya?

Setiap manis itu tertanam ku ingat.Apa yang hitam itu juga mampu ku kenang.Setiap memori itu berserta hadir bersama mainan resap perasaan.Mata ini laju.Meneliti tiap langkah gerak daya dan upaya.Tidak mampu aku menukar gerak kemampuan diri ini.

Jika ditanya,aku mampu mengulang kembali dimana,bagaimana.Aku ingat akan hela nafas,setiap langkah langkah.Setiap kata kata,malahan intonasi suara,pandangan.Semuanya.

Aku,harus hidup terus dengan memori pengalaman silam.Sebagai satu pedoman.Jalur gerak unjuran laluan kehidupan lalu dijadikan satu ingatan jua pedoman ingatan masa depan.Mahu rela atau tidak,
inilah aku,tiada dua ataupun tiga.

Keindahan,kemanisan iman,tetapan takdir Allah ada buat diri ku.
Oh,betapa lapangnya dada melepaskan rasa dengan tulisan.Tiada niat apa apa,hanya melampiaskan rasa hati.

Aku,tidak berminat dengan pencak ragam manusia.Sekadar melihat sekali lalu,langsung tidak mahu aku memahami.Cukup sekadar aku dan keluargaku berserta kaum saudara seperjalanan ku.

Aku melalui masa kini dan depan dengan takdir tetapan Allah,pilihan Allah.Setelah melalui dan memahami.Maka benar akan faham dengan jelas sejelasnya.Bukan sekadar dengan kata kata,akan tetapi dengan penuh kefahaman diri sendiri.

Setiap insan,ada ujian takdir masing masing.Masa terus berjalan.Tiada pernah akan berhenti walau sedetik cuma.Sekadar aku,melihat imbas kebelakang untuk mengingati diri sendiri.Ini,adalah apa yang pernah aku lalui.Supaya aku,tidak lagi tenggelam,leka dan lalai akan apa itu tanggungjawab,apa itu lelaki,apa itu suami,apa itu imam.

Tidaklah tahu manisnya madu,tanpa merasa pahitnya hempedu.
Setiap insan akan berubah.Dari tidak berilmu kepada berilmu,dari tidak tahu kepada tahu.Dari tidak elok menjadi elok.Berusaha sedaya upaya menjadi soleh dan solehah insyAllah.Semua ada pilihan di tangan sendiri.

Aku melepas redha dengan ketentuan Allah.
Dari Allah,kembali kepada Allah juga hendaknya.Apa yang kini aku miliki,aku genggam se erat mampu.Taqwa dan berusaha.InsyAllah.

19 April 2018

Masa ini



Aku bukanlah yang terbaik.Tidak punya semua kemudahan untuk dipenuhi keinginan.
Zaman lalu telah pun dilalui.Walau penuh ranjau berliku,mahu atau tidak,seharusnya dilalui dengan pedoman.

Hari baru,lembaran segar.
Bagaimana menjalani keadaan seterusnya adalah pilihan sendiri melalui pedoman dan petunjuk.Jalan yang lurus,berpegang teguh pada tali agama.

Kenangan itu wujud.Mahu atau tidak,bagaimana mahu menghadapi hari seterusnya ada pada diri sendiri dan ketentuan Illahi.Bilamana kenangan itu muncul,setiap pahit dan manis itu terasa juga.
Kadang,rasa ingin tahu,rasa tangungjawab itu menjentik sanubari.

Demi masa,perlahan aku sudah bebas.Hanya kenangan dan rasa ingin tahu itu hanyalah kerana aku adalah aku.Bukan kerana rasa keinginan,bukan kerana apa apa.kosong.

Mengapa?
Aku membesar dewasa dengan kenangan itu.Ya,aku meningkat dewasa dengan kenangan itu.
Daripada kesilapan diri yang lalu,aku membentuk masa depan berpandukan pengalaman kenangan itu.

Satu kesilapan tidak akan menutup hitam sepuluh kebaikkan pada pandangan aku.Aku melihat kebaikkan dengan pandangan penuh rasa suka bahagia.Aku menutup kedua mata pada satu kesilapan.
Maka dengan itu,ketenangan kemaafan mampu aku zahir mudah tanpa rasa halangan.

Aku meningkat dewasa dengan masa silam,aku meniti hari tua dengan kenangan ciptaan terindah hanya buat diriku.Melalui masa silam,aku penuh hati hati meniti hari ini dan hari hari seterusnya.

Tidaklah aku seperti dulu.
Aku genggam erat masa kini,aku melepaskan masa lalu dengan penuh rasa tenang dan bahagia.
Ketentuan,kehendak Allah itu yang utama,Sebaik baik perancangan hanya dari Allah semata mata.
Dan aku bahagia.InsyAllah.

01 March 2018

Masa



Masa,benar berlalu dengan pantas.
Merubah berbagai hal perkara.Mencorak seribu warna warna.

Di sini aku,kembali menulis.Punya seribu cerita.Keindahan,kemanisan iman.Masih menghela nafas.
Memandang satu arah tujuan,yang utama,yang abadi.
Menjalani jejak langkah menuju kehadapan.Aku berjaya mengharungi ujian ujian.

Tidak tahu apa yang ingin di tulis.Kini,saat ini,aku menikmati rasa aneh.Sepertinya aku melepaskan diri dari belenggu.Tenang dan lapang.Tidak tahu apa apa,hanya mengharap ini adalah kerana diri aku.

Setiap insan,ada cerita masing masing.
Bagaimana kisah kisah itu dijalani,bagaimana hidup ini diteruskan,kuasa memilih itu ada ditangan sendiri,qada dan qadar itu tertulis.

Keindahan,kemanisan iman itu wujud.
Kasih sayang,cinta sesama keluarga,sesama insan.Kebahagian harus dicari,juga harus dikekalkan.
Undang undang itu ada.Petunjuk itu juga ada.Pilihan melalui undang undang dan petunjuk,iaitu Islam.

Gelora,kehangatan kemanisan iman,panasnya keindahan kasih dan sayang.Tiada rasa sempit menyesak dada.AllahuAkhbar.Ketenangan umpama satu jaluran memanjang.Tiada gelombang beralun alun.

Aku bahagia sebenarnya.Setiap kesukaran akan ada kesenangan.Walaupun ada kesalahan diri ini,masih berpeluang membetulkan.Kini,aku sedar.Kadang,tidak tahu adakah pilihan diri sendiri itu benar.Kembali pada Al quran dan sunnah.Maka benarlah kata kata Guru.Bilamana,diri sendiri yang mendapat jawapan,memahami lagi meluas.Bukan dari cakap cakap,kata kata orang,tapi diri sendiri yang alami dan memahami.