23 April 2018

Hati






Sungguh muzik ini benar menjentik emosi.Pengaruh Rick and morty.
Sengaja ku biar muzik beralun perlahan.Sambil aku membaca tulisan diri sendiri.Meniliti, memahami dan terus menyelami setiap baris bait tulisan tulisan.

Tersentuh,sebak merudum jiwa.
Meresap sayup jauh ke dalam hati di kala melihat gambar gambar lama.Ini,benar di kala aku mencari arah dan meniti jalan.Terlihat betapa jauh ke dalam pipi.Begitulah jauh jatuhnya diri sendiri.

Berjalan mencari cari.Menutup ruang ruang yang lohong kosong terbuka lerai.
Aku adalah aku.Setiap langkah nafas hela,setiap jalur itu masih tertanam dalam.Aku memandang sekilas lalu pandangan silam.Kembali menoleh menyapa keindahan hitam masa semalam.

Ujian yang pada diriku,sangat berat.
Sepuluh tahun itu masa berjalan.Dari seorang anak  menjadi dewasa terus meniti tua.Ku titip masa silam.Meniti bait kata kata,janji janji,keindahan kemanisan anak anak.

Tersentuh jiwa dan nurani.Sedar atau tidak.Ujian itu berat rupanya.Sepuluh tahun itu seretan masa yang aku lalui,bina bersama sama.Jika ditanya,adakah aku masih ingat akan semuanya?

Setiap manis itu tertanam ku ingat.Apa yang hitam itu juga mampu ku kenang.Setiap memori itu berserta hadir bersama mainan resap perasaan.Mata ini laju.Meneliti tiap langkah gerak daya dan upaya.Tidak mampu aku menukar gerak kemampuan diri ini.

Jika ditanya,aku mampu mengulang kembali dimana,bagaimana.Aku ingat akan hela nafas,setiap langkah langkah.Setiap kata kata,malahan intonasi suara,pandangan.Semuanya.

Aku,harus hidup terus dengan memori pengalaman silam.Sebagai satu pedoman.Jalur gerak unjuran laluan kehidupan lalu dijadikan satu ingatan jua pedoman ingatan masa depan.Mahu rela atau tidak,
inilah aku,tiada dua ataupun tiga.

Keindahan,kemanisan iman,tetapan takdir Allah ada buat diri ku.
Oh,betapa lapangnya dada melepaskan rasa dengan tulisan.Tiada niat apa apa,hanya melampiaskan rasa hati.

Aku,tidak berminat dengan pencak ragam manusia.Sekadar melihat sekali lalu,langsung tidak mahu aku memahami.Cukup sekadar aku dan keluargaku berserta kaum saudara seperjalanan ku.

Aku melalui masa kini dan depan dengan takdir tetapan Allah,pilihan Allah.Setelah melalui dan memahami.Maka benar akan faham dengan jelas sejelasnya.Bukan sekadar dengan kata kata,akan tetapi dengan penuh kefahaman diri sendiri.

Setiap insan,ada ujian takdir masing masing.Masa terus berjalan.Tiada pernah akan berhenti walau sedetik cuma.Sekadar aku,melihat imbas kebelakang untuk mengingati diri sendiri.Ini,adalah apa yang pernah aku lalui.Supaya aku,tidak lagi tenggelam,leka dan lalai akan apa itu tanggungjawab,apa itu lelaki,apa itu suami,apa itu imam.

Tidaklah tahu manisnya madu,tanpa merasa pahitnya hempedu.
Setiap insan akan berubah.Dari tidak berilmu kepada berilmu,dari tidak tahu kepada tahu.Dari tidak elok menjadi elok.Berusaha sedaya upaya menjadi soleh dan solehah insyAllah.Semua ada pilihan di tangan sendiri.

Aku melepas redha dengan ketentuan Allah.
Dari Allah,kembali kepada Allah juga hendaknya.Apa yang kini aku miliki,aku genggam se erat mampu.Taqwa dan berusaha.InsyAllah.

19 April 2018

Masa ini



Aku bukanlah yang terbaik.Tidak punya semua kemudahan untuk dipenuhi keinginan.
Zaman lalu telah pun dilalui.Walau penuh ranjau berliku,mahu atau tidak,seharusnya dilalui dengan pedoman.

Hari baru,lembaran segar.
Bagaimana menjalani keadaan seterusnya adalah pilihan sendiri melalui pedoman dan petunjuk.Jalan yang lurus,berpegang teguh pada tali agama.

Kenangan itu wujud.Mahu atau tidak,bagaimana mahu menghadapi hari seterusnya ada pada diri sendiri dan ketentuan Illahi.Bilamana kenangan itu muncul,setiap pahit dan manis itu terasa juga.
Kadang,rasa ingin tahu,rasa tangungjawab itu menjentik sanubari.

Demi masa,perlahan aku sudah bebas.Hanya kenangan dan rasa ingin tahu itu hanyalah kerana aku adalah aku.Bukan kerana rasa keinginan,bukan kerana apa apa.kosong.

Mengapa?
Aku membesar dewasa dengan kenangan itu.Ya,aku meningkat dewasa dengan kenangan itu.
Daripada kesilapan diri yang lalu,aku membentuk masa depan berpandukan pengalaman kenangan itu.

Satu kesilapan tidak akan menutup hitam sepuluh kebaikkan pada pandangan aku.Aku melihat kebaikkan dengan pandangan penuh rasa suka bahagia.Aku menutup kedua mata pada satu kesilapan.
Maka dengan itu,ketenangan kemaafan mampu aku zahir mudah tanpa rasa halangan.

Aku meningkat dewasa dengan masa silam,aku meniti hari tua dengan kenangan ciptaan terindah hanya buat diriku.Melalui masa silam,aku penuh hati hati meniti hari ini dan hari hari seterusnya.

Tidaklah aku seperti dulu.
Aku genggam erat masa kini,aku melepaskan masa lalu dengan penuh rasa tenang dan bahagia.
Ketentuan,kehendak Allah itu yang utama,Sebaik baik perancangan hanya dari Allah semata mata.
Dan aku bahagia.InsyAllah.