29 March 2019

Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi
Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.

(A-li'Imraan 3:3)

(Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka;
mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.

(A-li'Imraan 3:11

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;
harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak
serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(A-li'Imraan 3:14) |

Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
(A-li'Imraan 3:4

14 January 2019

Maaf

11 tahun.

 Betapa pantas masa berlalu.Dari seorang remaja meningkat dewasa,menghampiri tua.Secara tiba tiba waktu menghampiri.

Mengemas rumah.
Membaca buku buku,tulisan  tulisan beberapa tahun dulu.
Betapa agungnya satu pengalaman,satu kisah dahulu.Hebat,sungguh tidak kusangka.Sikit pun aku tidak menyesal,malah satu pengalaman yang mana aku jadikan pedoman serta panduan masa depan.

Aku sudah tua.
Kelihatan jelas,semakin aku perlahan.Tidak lagi seperti "keanak anakan".Keberangkalian aku berubah begini seribu dalam satu.Faktor usia adalah penyebab utama.Yang mana aku fikirkan "aku" yang dahulu sungguh keanak anakan.Adakah kini aku sudah matang?Tiada jawapan.Mungkin?

"Kesempatan ini,saya zahirkan mudah..
Saya benar mohon ampun dan maaf.Segala apa yang berlaku dahulu,saya benar benar mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,maaf zahir dan batin.Tidak dapat saya lari,malah lupakan,kerana telah menjadi sebahagian dari hidup saya.Saya melalui masa lalu,yang telah pun berlalu pergi.

5 tahun lamanya,saya mampu berdiri kembali.5 tahun,bukan masa yang sekejap,akan tetapi itulah waktu yang saya lalui untuk senyum kembali.Bukan 10bulan,5 tahun.
Selama ini,saya yang naif sebenarnya.Saya menyangka,bukan saya yang paling dalam kasih sayangnya.Saya tersilap.Semakin dalam,semakin tinggi saya perlu mendaki kembali.

Tidak lagi saya salahkan sesiapa.Jelas dan terang salahnya dari diri saya sendiri.Malahan syurga saya tidak sekali menyalahkan orang lain.Syurgaku kembali ketawa.Syurga saya kembali tersenyum.Bagaimana saya berdiri kembali demi syurga saya hanya Allah dan RasulNya saja yang tahu.

Seperti yang lain,saya juga akan mendirikan masjid.Walaupun tempoh masa saya lama,begitulah ketentuan Illahi untuk kami.Yang berlalu tetap berlalu,yang akan datang saya akan lalui.Saya ingin bahagia dunia akhirat bersama keluarga saya dan keluarga yang saya akan bina.

Apa yang telah berlaku tidak dapat saya lari.Saya gagal membentuk satu perjalanan dahulu.Dengan pengalaman lepas,perjalanan kini dan akan datang saya cuba jalani.InsyAllah janji Allah itu benar.
Saya sangat berharap semuanya dapat memaafkan saya dan keluarga saya.Disini,keluarga saya tidak sekali menyalahkan yang lain apa yang berlaku dahulu.Jelas dan terang,apa yang berlaku dulu adalah datang dari diri saya sendiri.Saya minta maaf.

Masing masing sedang berbahagia.
Diharap,antara semuanya tiada bermasalah.Pandanglah kedepan,dengan rasa tenang.Saya bersyukur,
walaupun bukan semua doa makbul,tetapi ada juga doa yang makbul.Sangat senang dan bahagia melihat kebahagian semuanya.Itulah matlamat utama saya.Melihat kebahagian semuanya.Syukur alhamdulillah.

Saya juga bahagia alhamdulillah.Tidak pernah terdetik walau pun sedikit saya mampu menggenggam tangan.Inilah jalan saya,yang akan saya pimpin.Ketentuan Allah benar tidak mampu dijangka.Allah tahu apa yang terbaik untuk masing masing,kehendak Allah.

Apa yang telah berlalu,jadikan pengalaman,jadikan panduan.Sangat sangat berharga,tidak dapat dijual beli.Bagaimana kita mencorakkan masa kini dan masa depan adalah dari diri sendiri.Berpandukan Islam menuju jalan yang benar lagi abadi.

Salam kemaafan."

~Hairul Fariz.