23 April 2018

Hati






Sungguh muzik ini benar menjentik emosi.Pengaruh Rick and morty.
Sengaja ku biar muzik beralun perlahan.Sambil aku membaca tulisan diri sendiri.Meniliti, memahami dan terus menyelami setiap baris bait tulisan tulisan.

Tersentuh,sebak merudum jiwa.
Meresap sayup jauh ke dalam hati di kala melihat gambar gambar lama.Ini,benar di kala aku mencari arah dan meniti jalan.Terlihat betapa jauh ke dalam pipi.Begitulah jauh jatuhnya diri sendiri.

Berjalan mencari cari.Menutup ruang ruang yang lohong kosong terbuka lerai.
Aku adalah aku.Setiap langkah nafas hela,setiap jalur itu masih tertanam dalam.Aku memandang sekilas lalu pandangan silam.Kembali menoleh menyapa keindahan hitam masa semalam.

Ujian yang pada diriku,sangat berat.
Sepuluh tahun itu masa berjalan.Dari seorang anak  menjadi dewasa terus meniti tua.Ku titip masa silam.Meniti bait kata kata,janji janji,keindahan kemanisan anak anak.

Tersentuh jiwa dan nurani.Sedar atau tidak.Ujian itu berat rupanya.Sepuluh tahun itu seretan masa yang aku lalui,bina bersama sama.Jika ditanya,adakah aku masih ingat akan semuanya?

Setiap manis itu tertanam ku ingat.Apa yang hitam itu juga mampu ku kenang.Setiap memori itu berserta hadir bersama mainan resap perasaan.Mata ini laju.Meneliti tiap langkah gerak daya dan upaya.Tidak mampu aku menukar gerak kemampuan diri ini.

Jika ditanya,aku mampu mengulang kembali dimana,bagaimana.Aku ingat akan hela nafas,setiap langkah langkah.Setiap kata kata,malahan intonasi suara,pandangan.Semuanya.

Aku,harus hidup terus dengan memori pengalaman silam.Sebagai satu pedoman.Jalur gerak unjuran laluan kehidupan lalu dijadikan satu ingatan jua pedoman ingatan masa depan.Mahu rela atau tidak,
inilah aku,tiada dua ataupun tiga.

Keindahan,kemanisan iman,tetapan takdir Allah ada buat diri ku.
Oh,betapa lapangnya dada melepaskan rasa dengan tulisan.Tiada niat apa apa,hanya melampiaskan rasa hati.

Aku,tidak berminat dengan pencak ragam manusia.Sekadar melihat sekali lalu,langsung tidak mahu aku memahami.Cukup sekadar aku dan keluargaku berserta kaum saudara seperjalanan ku.

Aku melalui masa kini dan depan dengan takdir tetapan Allah,pilihan Allah.Setelah melalui dan memahami.Maka benar akan faham dengan jelas sejelasnya.Bukan sekadar dengan kata kata,akan tetapi dengan penuh kefahaman diri sendiri.

Setiap insan,ada ujian takdir masing masing.Masa terus berjalan.Tiada pernah akan berhenti walau sedetik cuma.Sekadar aku,melihat imbas kebelakang untuk mengingati diri sendiri.Ini,adalah apa yang pernah aku lalui.Supaya aku,tidak lagi tenggelam,leka dan lalai akan apa itu tanggungjawab,apa itu lelaki,apa itu suami,apa itu imam.

Tidaklah tahu manisnya madu,tanpa merasa pahitnya hempedu.
Setiap insan akan berubah.Dari tidak berilmu kepada berilmu,dari tidak tahu kepada tahu.Dari tidak elok menjadi elok.Berusaha sedaya upaya menjadi soleh dan solehah insyAllah.Semua ada pilihan di tangan sendiri.

Aku melepas redha dengan ketentuan Allah.
Dari Allah,kembali kepada Allah juga hendaknya.Apa yang kini aku miliki,aku genggam se erat mampu.Taqwa dan berusaha.InsyAllah.

19 April 2018

Masa ini



Aku bukanlah yang terbaik.Tidak punya semua kemudahan untuk dipenuhi keinginan.
Zaman lalu telah pun dilalui.Walau penuh ranjau berliku,mahu atau tidak,seharusnya dilalui dengan pedoman.

Hari baru,lembaran segar.
Bagaimana menjalani keadaan seterusnya adalah pilihan sendiri melalui pedoman dan petunjuk.Jalan yang lurus,berpegang teguh pada tali agama.

Kenangan itu wujud.Mahu atau tidak,bagaimana mahu menghadapi hari seterusnya ada pada diri sendiri dan ketentuan Illahi.Bilamana kenangan itu muncul,setiap pahit dan manis itu terasa juga.
Kadang,rasa ingin tahu,rasa tangungjawab itu menjentik sanubari.

Demi masa,perlahan aku sudah bebas.Hanya kenangan dan rasa ingin tahu itu hanyalah kerana aku adalah aku.Bukan kerana rasa keinginan,bukan kerana apa apa.kosong.

Mengapa?
Aku membesar dewasa dengan kenangan itu.Ya,aku meningkat dewasa dengan kenangan itu.
Daripada kesilapan diri yang lalu,aku membentuk masa depan berpandukan pengalaman kenangan itu.

Satu kesilapan tidak akan menutup hitam sepuluh kebaikkan pada pandangan aku.Aku melihat kebaikkan dengan pandangan penuh rasa suka bahagia.Aku menutup kedua mata pada satu kesilapan.
Maka dengan itu,ketenangan kemaafan mampu aku zahir mudah tanpa rasa halangan.

Aku meningkat dewasa dengan masa silam,aku meniti hari tua dengan kenangan ciptaan terindah hanya buat diriku.Melalui masa silam,aku penuh hati hati meniti hari ini dan hari hari seterusnya.

Tidaklah aku seperti dulu.
Aku genggam erat masa kini,aku melepaskan masa lalu dengan penuh rasa tenang dan bahagia.
Ketentuan,kehendak Allah itu yang utama,Sebaik baik perancangan hanya dari Allah semata mata.
Dan aku bahagia.InsyAllah.

01 March 2018

Masa



Masa,benar berlalu dengan pantas.
Merubah berbagai hal perkara.Mencorak seribu warna warna.

Di sini aku,kembali menulis.Punya seribu cerita.Keindahan,kemanisan iman.Masih menghela nafas.
Memandang satu arah tujuan,yang utama,yang abadi.
Menjalani jejak langkah menuju kehadapan.Aku berjaya mengharungi ujian ujian.

Tidak tahu apa yang ingin di tulis.Kini,saat ini,aku menikmati rasa aneh.Sepertinya aku melepaskan diri dari belenggu.Tenang dan lapang.Tidak tahu apa apa,hanya mengharap ini adalah kerana diri aku.

Setiap insan,ada cerita masing masing.
Bagaimana kisah kisah itu dijalani,bagaimana hidup ini diteruskan,kuasa memilih itu ada ditangan sendiri,qada dan qadar itu tertulis.

Keindahan,kemanisan iman itu wujud.
Kasih sayang,cinta sesama keluarga,sesama insan.Kebahagian harus dicari,juga harus dikekalkan.
Undang undang itu ada.Petunjuk itu juga ada.Pilihan melalui undang undang dan petunjuk,iaitu Islam.

Gelora,kehangatan kemanisan iman,panasnya keindahan kasih dan sayang.Tiada rasa sempit menyesak dada.AllahuAkhbar.Ketenangan umpama satu jaluran memanjang.Tiada gelombang beralun alun.

Aku bahagia sebenarnya.Setiap kesukaran akan ada kesenangan.Walaupun ada kesalahan diri ini,masih berpeluang membetulkan.Kini,aku sedar.Kadang,tidak tahu adakah pilihan diri sendiri itu benar.Kembali pada Al quran dan sunnah.Maka benarlah kata kata Guru.Bilamana,diri sendiri yang mendapat jawapan,memahami lagi meluas.Bukan dari cakap cakap,kata kata orang,tapi diri sendiri yang alami dan memahami.


20 December 2017

tulis

Menulis lagi.
Seperti biasa,tidak berapa sihat.Keadaan diri yang sudah lali.Kebiasaan yang biasa di lalui.Tiada apa yang menghairankan.

Diri ini sudah tua.Semakin menghampiri alam kekal abadi.Hari hari yang mendatang,dilalui seperti biasa.Tiada yang baru,tiada apa yang ajaib.Seperti biasa hendaknya.

Pengalaman banyak mengajar.Membentuk diri,mengubah segala segi.Apa yang aku jejak jalani hanya untuk Allah dan keluarga.Tuntutan agama,permintaan keluarga cuba aku penuhi.Untuk agama dan keluarga.

Walaupun sudah tiada rasa mahu berdua,tetap aku mencuba.Demi agama dan keluarga.Aku beriman dan yakin dengan ketentuan Illahi,yang mana kehendak Allah yang utama.

Kadang,aku ingin sekali tahu,bagaimana mahu berpindah rasa suka.Mampu memberi dan menerima kepada sesuatu yang baru.Aku melihat,aku bertanya,aku memahami.Hampir semua pada mulanya cinta dan sayang,pemutusnya adalah benci dan nista.Rasa cinta dan suka itu hilang kerana sesuatu sifat,peribadi yang tidak disukai.Yang mana,yang baru itu punya sesuatu yang baru memikat rasa cinta,suka dan sebagainya.Akhirnya,kebanyakkan pengakhiran itu dengan rasa benci,nista dan sebagainya.

Aku tidak mampu begitu.
Untuk memaafkan,perlu ikhlas dan merelakan segala kesalahan.Walaupun bertimpa timpa diterima,ikhlas untuk memaafkan.Tanpa ikhlas,bagaimana untuk memaafkan?Tiada rasa benci,tidak suka,tiada apa apa sifat tidak elok.Rela dan ikhlas.

Aku adalah aku.Tiada dua mahupun tiga.Carilah dimana mana,aku tetap aku.
Walaupun aku begini,mungkin tidak sama dengan yang lain,aku tetap akan begini.

Aku tidak sedar,tidak tahu rupanya dulu aku sangat suka,cinta dan sebagainya.Rupa rupanya terlalu dalam aku jatuh tanpa aku sedar.Kesedaran itu tiba,bilamana aku kehilangan.Terlalu dalam rupanya
hingga aku gagal untuk naik kembali.Diri sendiri tidak sangka.

Satu masa dulu.
Aku sering berdoa.Ambil nyawaku dulu sebelum separuh dariku.Ya,disini rupanya.Separuh diriku.
Baru sedar setelah menulis.Separuh diriku.
Aku berdoa ambil nyawaku dulu.Kerana aku tahu aku tidak mampu menghadapi kehilangan,dan Allah beri kehilangan.Ujian yang mampu aku hadapi.Alhamdulillah.

10 tahun lalu.
Andai aku diberi satu hari masa lalu,cukup hanya beberapa masa,akan aku lafazkan,luahkan,segala galanya.Betulkan salah silap diriku,semuanya.
Takdir Allah itu sudah tertulis,kehendak Allah itu yang utama.Berlapang dada,dan berdoalah serta bertakwa,beriman dengan sebenar benar iman,akan merasa kemanisan iman.

Hargai yang ada disisi kini.Yang susah senang bersama.Baru kusedar,harga kasih sayang cintaku terlalu mahal.Sehingga hilang tidak ada lagi.Aku memandang kosong sepi tanpa apa apa.Inilah salah satu nikmat yang diambil Allah.Berdoa dan mengharap,akan diberi kembali.Aku beriman dan bertakwa.

Walaupun tajamnya menghiris hiris,aku mampu memaafkan,juga aku mohon dimaafkan.
Kerana aku mahu berjalan bebas kelak diakhirat insyAllah.Aku yakin,separuh dari diriku itu ada dan wujud.

Kenapa separuh diri?Kerana hidup bersama sama di dunia dan berjalan bersama sama menuju syurga.
Aku adalah aku.Sangat emosi malam ini,kerana aku rindu akan masa lalu.Tiada apa apa,hanya masa silam yang sudah berlalu.Pandang kehadapan,jejak jalan dengan jalan Agama.InsyAllah.


01 November 2017

: )



Hari ini,malam ini,sengaja kembali menjenguk blog ini.Membaca dan terus memahami.Sungguh tak terjangka,dari tahun 2008 sehingga 2017.Selama 9 tahun.Dari seorang remaja menjadi tua.Membesar  menjadi dewasa.

Begitu pantas masa berlalu.Detik laluan masa berbagai warna.Pahit manis berbagai sekali.Kini,masih berdiri.Jatuh bangun tidak bersendiri.Setiap penulisan ada kisah tersendiri.Membesar dengan kisah kisah yang mana kesemua itu menjadikan diri seperti hari ini.Walaupun tidak semua seperti dirancang,ketentuan Illahi itu yang utama.

Membaca kisah tulisan diri sendiri.Menjentik hati dan sanubari.Begitu indah.Ujian ujian itu tidak sia sia.Kisah kisah manusia manusia sungguh ajaib.Permainan emosi,gerak geri daya dan upaya,kesemua itu mencantum membentuk satu pertembungan kemanisan juga kepahitan.

Bagaimana,mengimbangi juga menghadapi kesemua itu bergantung pada diri sendiri,persekitaran juga yang utama Agama.Hidup tidak mampu dijangka.Ada yang berkata hidup satu percaturan.
Tidak bagi aku.Berpegang teguh pada Tali Agama,hidup ini satu ketentuan.Redha,tawakkal berserah tunggak.

Setiap insan itu berdosa.Selagi mana ada nafas,pintu taubat kemaafan itu masih terbuka.Selami diri sendiri,jatuhkan martabat diri,ratakan dahi,buang jauh ego dan kesumat hati.Mohon ampun dan maaf kepada Pencipta,juga memohon maaf sesama insan.Mati itu pasti.

Ujian ujian diri ini,menjadikan aku menghargai setiap waktu dan detik.Apa yang aku ada,aku hargai.
Setiap waktu yang aku miiki,benar aku sungguh hargai.Seperti,aku boleh kehilangan apa yang aku miliki,sekelip mata.Oleh itu,tiada mampu untuk aku menyakiti sesiapa.Mudah mudahan.

Pengalaman mengajar diri ini.Jatuh bangun,tidak sanggup mengenang kembali.Keindahan warna warni kehidupan mencorakkan masa hadapan.Bagaimana melakar menggunakan warna warni ujian masa silam,membentuk masa hadapan.


11 July 2017

Apa Khabar




Apa khabar hari semalam?
Teruntai mekar dihalaman ini.
Menari nari melurut isi hati.
Merah sejuk meredup sanubari.
Indah rasa melirik segenap diri.

Berbunga bunga rasanya.Meruap ruap umpama salju memenuhi setiap inchi dan ruang.
Waktu waktu umpama berlari.Merentas pantas melarikan diri.Tidak sekali pernah akan lupa.
Begitu utuh walau tiada daya dan upaya.Menyembah kembali meruntun sanubari.Balam balam itu berbayang bayang.Melintas lalu tiada malu.Cerita semalam.

Apa khabar hari ini?
Beribu persoalan.Tiada pertanyaan.Detik rasa hanya menilai.Tiada timbang,tiada tara ukur yang seimbang.Tiada jawapan.Sekali lalu,seimbas rasa.Detik waktu yang makin lari.Hirup lafaz yang kadang masih tertanya.Tiada apa.Naluri hanya main main mengusik minda.Hanya sesekali,imbas waktu menjengah rupa.Ku paling wajah menoleh belakang,melihat lalu itu bahagia.
Senyum diberi seikhlas rasa.

Apa khabar hari esok?
Semakin layu.Kuat utuh melangkah pergi.Semakin jauh.Balam balam itu menghilang pergi.Tiada kembali.Bekas tapak langkah menghilang.Senyap sunyi menyelit rasa.Jauh sudah.

~Entah mengapa.Aku begitu rindu.Ingin tenggelam bermesra kembali.
Menyucuk nyucuk hati ini.Begitu mahu sekali.Bukan rindu akan cinta.Jauh sekali,tetapi aku rindu akan hampa.Rindu akan kesakitan.Aneh.Aku inginkan rasa hina,kepingin rasa derita.Kejaiban lumrah manusia yang aku lalui dulu,kembali menjengah rupa,ingin menakluk hati dan aku cuba bukakan pintu memberi ruang duduki kembali.

Aku kepingin rasa itu.
Tiada berhasil rupanya.Sudah jauh berlalu pergi rasa rasa hitam.Aku berjaya rupanya.Satu fasa hidup yang dibawa dulu kini satu pedoman.Kemaafan itu wujud.Sudahlah.Cukup waktu,tiada detik,waktu dan ruang.Tiada mahu ku seret belenggu itu.


~Farizfansuri

05 July 2017

Tenteram


Aneh.Terlalu lama tidak melirik kata,menulis cumbu ribuan kata kata.
Malam ini,ingin sekali jari ini menari nari.Melalui hati,berpandukan akal,terus ke jari jemari.

Aku tidak punya peluang.
Seperti insan insan lain,penuh rasa dan harapan.Ujian ujian bahagia yang penuh meruntun sanubari.
Sungguh,begitu aneh dan menakjubkan.Satu rasa perasaan baru yang baru aku rasai.

~Satu hari,aku membawa bayi comel.Aku dukung lalu aku membawa berjalan menaiki motosikal.
Penuh dan kejab erat tangganku memegang.Lambaian angin angin menyapa wajah wajah.Lalu darah daging comel ku ini ini tertidur.Sungguh satu perasaan baru.

SubhanAllah.
Mungkin biasa bagi kebanyakkan manusia.Akan tetapi bagi aku,sungguh seperti dijentik jauh kedalam hati.Sebak.Inilah rasa bahagia.Inilah rasa melindungi.

Kadangkala,apa yang kita tidak kita miliki,pabila diberi peluang,sangat dihargai.Juga,bila sudah dimiliki.Peliharalah sebaik mungkin.Jaga dan terus menjaga mengekalkan bahagia dari dunia terus kekal abadi diakhirat.

Rezeki aturan setiap insan berbeza.Semakin tinggi mencapai langit,semakin menipis udara yang dihirup.Siapa yang tidak inginkan rasa bahagia dunia,walau sedikit,aku bersyukur.Setiap apa yang aku miliki,aku genggam.Walau kadang,aturan itu melepaskan dari genggaman,masih rupanya aku memegang.Bukan kerana apa yang aku genggam,akan tetapi kerana ini adalah diri aku sendiri.

Tidak lagi aku menoleh kebelakang.
Balam balam berbayang bayang sudah terhapus pergi.Menghilang meruap ruap umpama kabus pagi.
Terasa sejuk subur embun pagi,menghilang dalam panas mentari pagi.Betapa bertahun tahun kembali mendidik diri sendiri,inilah hakikat.Nyatakan dan hadapi.

Aku memandang kehadapan.
Pandangan yang masih mencari satu titik.Bebola mata pantas mencari satu noktah.Aku mahu bebas.
Tanpa belenggu rasa nafsu hitam,tanpa duka dan lara.Aku mahu ketenteraman abadi.Setiap hela nafas yang penuh kesejukan.Tanpa denyut yang mengganggu ritma irama ketenteraman.Tanpa ombak yang menghempas tebing,tanpa angin menundukkan ranting,tanpa apa.Sepi.Satu jalan,satu garis,satu alif.
Mati.

Aku rindu.
Akan ketenteraman abadi.Akan tetapi layakkah aku kembali ketempat asal jika denyut nadi ini senyap sekarang ini.Mampukah aku meraih simpati RahmatNya,syafaat Baginda?
Aku kenal dan aku mengenal.Masih diberi peluang baiki diri sendiri.Untuk beribadat,bertaubat,memohon maaf sesama insan.

Diri ini semakin tua.
Dedaun semakin layu.Ranting ranting semakin menunduk.Apa yang aku ingin didunia,sudah penuh aku miliki.Kasih sayang keluarga yang melimpah ruah.Cinta dan kasih sayang yang tidak pernah berkurang,malahan semakin penuh setiap hari.Aku jatuh,setiap langkah aku seret untuk bangun kembali,keluarga ini lah yang menyambut genggam tangan ini.

Dari keluarga yang bernafas,juga dari yang tiada nafas.Nikmat yang mana aku dustakan.
Aku berdoa satu hari nanti,aku miliki ketenteraman abadi.Hati yang sejuk,tenang yang kekal fana selamanya.Bersama semua kaum darah sekeluarga.Aku yakin dan aku beriman setiap PetunjukNya.
Aku akan menakluk setiap hitam,aku garap genggam setiap putih.Lalu aku akan berjalan jalan memerhati dan hanya memandang~


31 July 2016



Selalunya kita menulis atau berkata kata dengan bersebab.Kita sampaikan apa yang kita nak sampaikan.Tapi pada setiap orang, lain kefahamannya. Lain kefahaman orang, itu bukan masalah kita.Kefahamannya itu masalahnya, tapi jadi tanggungjawab kita juga.

Begitu lah aku menulis dalam blog ini,secara berkias.Bahasa melayu,adat melayu itu penuh seni yang tersembunyi.Secara sedar atau tidak itulah yang aku sampaikan.Berkias atau tidak itu menurut kefahaman masing masing.Dapatkah ditangkap maksudnya,dapatkah difahamkan.

Tergerak detik hati untuk menulis malam pagi ini.Oleh kerana aku menghampiri yang pasti iaitu alam perpindahan.Yakni mati.Setiap detik,masa itu ada titik tarikh,begitulah aku.Ada titik tarikh dilahirkan,begitu juga ajal.

Sedar dan tidak,sudah berpuluh tahun aku hidup bernafas.Kembali aku meniliti diri,menjejak pengalaman lalu.Itu sudah pasti aku tidak dapat lari.Dan,bilamana aku teringat akan semua emosi,perasaan,kehendak,naluri,pengalaman lalu itu,aku huraikan sedikit demi sedikit.Sungguh,semuanya ada hikmah tersendiri.Tidak sedar rupanya rambut ku sudah mula memutih :)

Masih ada peluang,yakni nafas.Masa berharga ini perlu aku menyiapkan untuk perpindahan.Adakah aku binasa atau bahagia kelak,itu hanya Allah saja yang berkuasa menentukannya.

Tersentuh malam ini.
Aku hidup lama dengan kenangan lalu.Dan kini alhamdulillah aku sudah mampu melahirkan rasa terima dan redha.Juga aku mampu memaafkan serta aku gembira melihat kebahagiaan itu.Cukup aku katakan aku gembira.Hingga aku senyum dan hati menzahirkan alhamdulillah.

Beginilah kehidupan.Penuh dengan ujian dan dugaan.
Penuh dengan warna warni.Apa yang mematangkan,mendewasakan manusia?Ujian,pengalaman dan bagaimana kita menerima setiap ujian itu.Bagaimana menyelesaikannya,dapatkah dicari hikmahnya,dapatkah difahami suratannya.Ujian sesuai dengan tingkatan iman masing masing.Bukan musibah ye,tu lain :)

Ujian ku begini.Dengan masa aku mencuri.Sendiri dan terus bersendiri.Mencari dan terus mencari.

Hingga titik itu dipertemukan,maka kembalilah aku.Ke tempat asal.Untung atau rugi Allah yang tahu.

01 June 2015

Titisan manis






Ada sesuatu rasa perasaan sedang aku alami.Bercampur gaul antara berbagai emosi juga hikmah.Lantaran ujian keras yang menabrak setiap ruang jasad juga akal mahupun iman.Berdirinya aku kerana ujian ujian itu.Selapis,sehelai iman yang menipis yang teramat rapuh hampir saja lerai.
Kekuatan hanyalah Qiam juga lafaz lidah mengharap ketenangan abadi.Tiada rupa,kata kata,gerak,apa saja yang mampu aku zahirkan keajaiban Illahi.Ke EsaanNya menundukkan aku sejatuh jatuhnya martabat diri dek kerna hancurnya setiap atom atom sekecil kecil zarah.

Juga,disininya aku.Masih diberi peluang.Jalan itu lurus.Laluan kaki menghala arah mana adalah dari diri aku sendiri.KehendakNya suratan yang tersurat wajib terlaksana.Indahnya satu penghayatan,satu saat aku jatuhkan martabat makhkota diri sanjungan manusia.Seiring,serata dengan bumi.
Ini aku.Mengabdikan diri Ya Rabb.

Apakah ini.Satu permainan emosi atau kecelaruan akal atau minda?
Kehendak diri atau nafsu,naluri?Adakah ini indah putih,atau hitam pekat.
Setiap ruang ruang itu harus di isi.Segenap inchi yang kecil masih lagi kosong hitam.Seretan langkahku semakin cepat.Hela nafasku semakin kejab.

Kau menghampiri  setiap saat.Meneliti,melihat dengan pandangan simpati.Masih adakah masa untuk  menyiapkan sedikit bekalan juga amalan.Malah engkau mengenali aku lebih dari aku mengenal diriku sendiri.Adakah masih layak aku bersama dengan insan insan bahagia?

Qiam ku berbeda.Penghayatan indah.Adakah aku bahagia tenang,atau aku seksa.
Qiam ku berbeda.Dimana letaknya diri ku.Di sini atau di sana.Ini aku,berdiri malu.Sungguh benar aku merasa titisan titisan manis masuk merasa di lidah.Adakah ini bahagia atau ini seksa.
Rupa yang berupa rupa ini malu.Tercuit sedikit timbul rasa detik hati,masih lagi diberi masa.Masih lagi ditutup lindung dosa dosa hitam.

Titisan titisan panas itu manis.Gugur gelora rasa hati yang mencengkam kuat.Terlerai segala ikatan nafsu hitam.Berlalu pergi umpama air yang mengalir alun perlahan.Titisan manis itu letak puncanya dari hati.Tidak dari kepala akal fikiran.Titisan itu amat bernilai.Jauh sekali ingin dibandingkan dengan perumpamaan segala kata kata yang wujud di dunia untuk mengzahir nilaikan maksud tersurat.

Bentangkan segala isi langit dan bumi tiada satu pun setara dengan nilai setitik titisan yang manis.
Hadirkan sejuta bintang bintang,hamparkan setiap gugusan galaksi,bentangkan setiap daratan,nyalakan setiap mata matahari,tiada satu pun yang timbangnya berat mengatasi setitis titisan yang manis.

Tiada aku mampu mampu menerobos setiap ruang bumi juga angkasa.Sedang,dunia yang sekecil kecilnya dalam otak masih tidak mampu aku takluki.Layakkah aku mengangkat rupa kepalaku?Tundukkan aku serendah rendahnya.Diamkan aku laksana langit yang hitam.Tiada bunyi.
Tiada daya.Tiada apa.Hitam gelap.Fana.

Ku lindung tutup wajah rupa yang berupa rupa.Melindungi rupaku yang tidak kenal erti malu.Inilah teman setiaku.Teman setiaku yang mengetahui tiap lafaz kata kata.Satu masa kelak,teman setiaku akan melindungi satu wajah rupa yang bukan aku.Tertutup lindung elok,Bersama dengan lafaz kalam
suruhan yang akan aku lafazkan untuk yang terlindung.Dua kali putih serta bersama dua kali hitam.

Adakah ini penghayatan maut?Apa ini satu rasa insan insan yang terang mengatasi cahaya langit dan matahari?Adakah ini rasa alami insaf?Ini satu penghayatan sunyi yang mana cukup menjatuhkan aku serendah rendahnya lebih jauh ke bawah.Aku makhluk berakal,mungkin sedikit punya sehelai senipis iman.Jatuh bangun,bahagia binasa ada dalam pilihan tangan sendiri.
Makhluk tidak berakal dari tanah kembali menjadi tanah.Aku berakal dari tanah kembali menjadi api yang menyala nyala panas seksa atau menjadi cahaya yang memutih sejuk.

~Belayarlah mengikut nakhoda yang benar atas lautan bergelora.Belayar di lautan menuju kebenaran puncak yang hakiki.Belayar di daratan nescaya tiada daya upaya kemana,tidak kedepan mahupun kebelakang.~

~La'illa ha illa anta,Subhanaka inni kuntu minadzalimin.













02 May 2015

Pilihan Allah












Menulis lagi.
Sedikit merasa ketenangan.Ikhlas,redha setiap ujian.Beriman,bertaqwa.sukarnya merasai kemanisnya iman.Tempoh hari bertalaqi,bersanad dengan guru.santai dan bersahaja pembelajaran itu.suatu petang yang hening.

"Mana yang lebih baik?Kita yang pilih atau Allah yang pilihkan?"
Guru memandang aku bertanya.
aku faham maksud kata katanya mengenai apa.sedangkan tidak aku tanya soalan itu.benarlah wajjah diri,cermin diri yang mencerminkan apa yang aku alami.

satu soalan.dengan pantas aku menjawab."Allah yang pilihkan!"
wah,laju sungguh aku jawab.sambil tersenyum senyum kerna aku malu.aku malu kerna cermin diri aku tak tau malu :)
Aku bersila tersipu sipu.sepertinya guru tahu apa yang sedang aku alami.kenapa aku mencari jalan pulang.

Diri sendiri pilih atau Allah pilihkan.Tentulah pilihan Allah menjadi pilihan aku.Untuk aku.
memang aku nak macam tu,yang aku mahukan.lebih lebih lagi pilihan yang melibatkan amanah,tanggungjawab.Dunia sampai akhirat.~Dunia,tanggungjawab pada aku untuk bimbing
sampai mati.Amanah tu dipikul sampai da mati pun ada lagi.
~Akhirat pula kalau dapat redha Allah,rahmat Allah ke syurga,kekal abadi bersama.Selama lamanya,selama lamanya,selama lamanya.

Aku redha.Allah pilihkan untuk aku.Betul indah kata kata guru.Kata guru lagi~
"Allah akan beri yang lebih cantik,yang taat pada agama,yang lebih baik,sesuai dengan amalan aku"
Bila aku dengar kata kata tu.aku terdiam.aku tak senyum.tertunduk muka aku yang berupa rupa ni.
Kerana aku tak ada amalan.Tapi tetap juga aku berdoa.Tak salah pun berdoa yang baik baik.

"Allah akan beri yang lebih cantik,yang taat pada agama,yang lebih baik,sesuai dengan amalan aku"
kata kata yang aku paling ingat,hafal ketika bertalaqi,bersanad menghadap.
Kata kata guru mungkin juga untuk memberi semangat pada aku,mungkin juga doa untuk aku,mungkin juga kebenaran yang sebenar untuk aku.Allah Maha Mengetahui.

Sedikit kata kata.Tentang kemanisan iman.Menurut pandangan peribadi aku.bukan untuk rujukan mahupun ikutan khalayak ramai.
Kemanisan iman.

Adakah dengan kata kata "Allah akan beri yang lebih cantik,yang taat pada agama,yang lebih baik,sesuai dengan amalan aku" itu aku beramal,beribadat,belajar semata mata kerana nya?
Jika aku beribadat semata mata kerana nya maka binasalah segalanya.

Bila sudah menyerah segala galanya kepada Allah,semua ujian tiada lagi mendatangkan kesakitan.Setiap apa yang Allah beri adalah rahmatNya buat yang mendapat CintaNya.HikmahNya ada.Setiap azab derita adalah dari kesalahan diri sendiri.Allah tidak menginaya hambaNya yang Soleh dan Solehah.

"Allah pilihkan".betul kata kata ini memberi seribu satu hikmah buat aku.Fahamlah aku sedikit demi sedikit hijab hijab itu terbuka untuk aku.Demi Masa.

~Siapa yang menangis.Tangisan hiba yang bukan dari aku.Aku rasa,memahaminya.Adakah ruhani ku yang menangis.siapa yang menangis.adakah engkau yang menangis pilihan Allah?kenapa aku rasa sedih hiba tanpa sebab jelas.
atau aku sudah gila.hidup dalam dunia sendiri.

Biarlah..kebodohan,kehinaan aku yang mendekatkan aku kepada Allah.
Cukuplah tulisan tulisan semua ini.sudah penat.terasa agak keletihan.aku sudah seperti mayat yang hidup dek kerna ujian ujian yang mengukir keras ruhaniku.Cukuplah setakat ini.
Aku Ibnu Aziz mahu bersendirian,sunyi sepi tanpa apa apa.
jika mampu,ku tulis lagi di masa hadapan.
Assalamualaikum

22 April 2015

Mencari Bintang

                                                                           
Menulis lagi.
Bila membaca kembali post post lama.Setiap post ada memory yang tersendiri.Punya kisah dan cerita.Metafora mahupun jelas lagi terang.Sejak 2008.Hampir 7 tahun.Lama juga tu.
Hidup ini penuh dengan warna warni.Baik putih mahupun hitam.

Sepanjang aku hidup,aku suka menilai,melihat,memahami sikap,sifat manusia.Kini satu ilmu baru aku dapat.Bukan ilmu sebenarnya.Pengalaman lebih tepat.Sebab aku sendiri menerima dan merasai.
Manusia punya berbagai sifat,sikap.Islam,mukmin,mukminin,insan,soleh,solehah,munafik,fasik,berbagai bagai lagi.

Kekuatan.Apa kekuatan dalam mengekalkan kehendak diri,tanggungjawab,amanah,janji.
Beriman pada qada dan qadar.Aku bukan ustaz,jauh skali berilmu mahu menerangkan maksudnya
secara terang terangan.

Boleh dilihat dengan mata,akal fikiran juga mudah menilai melihat,membaca suatu sikap,gerak geri.
Mungkin dari perbuatan,kata kata.
Satu contoh mudah.Cinta terhadap lawan sejenis.

Ada suatu hari aku berada dalam bangunan.Tingkat 2.Aku memandang kebawah,memerhati perilaku perilaku manusia.Ada satu pandangan mencuit hati ku tika itu.Masih segar dalam ingatan.
Sepasang suami isteri sedang berjalan.Hari tu panas terik.Berjalan seiring.Si isteri yang pegang payung.Memayungi suaminya.Berjalan si isteri itu mengikut rentak si suami.Seiring,berkongsi berteduh bawah payung yang sama.Isteri yang pegang payung.Pasangan itu tiada membawa apa apa pun.Si suami berjalan tangannya gaya bebas :)

Aku perhati sampai pasangan tu hilang.Satu pandangan yang cukup susah untuk ku lihat.Pandangan biasa yang aku lihat suami jalan depan satu tiang,isteri belakang :)

Apakah kekuatan pasangan yang berkongsi payung itu?Apa pula kekuatan pasangan bila berjalan
si suami jalan depan satu tiang?
Pada pendapat aku,semuanya bermula dengan mata.Cinta.Bernikah sebab suka,cinta.

"Pasangan pertama mungkin baru nikah .memang la sume manis."
Nop.Walau jauh,aku nampak pasangan itu agak berusia.

Sangat manis lihat pasangan pertama tu.Apa kekuatan mereka?
Pendapat aku dengan ilmu,amal.
Tahu ilmu.Mengetahui amanah,hukum,tanggungjawab lain lain banyak lagi.
Sudah tahu ilmu.Amal.Ada ilmu tak amal lagi naya.

Kesetiaan,segala janji sumpah,Cinta benar benar diuji saat susah,derita.Banyak contoh ujian mcm ni.
Salah sorang sakit,miskin,kematian anak,gangguan orang luar,banyak lagi.
Saat ujian derita baru tahu tinggi mana kesetiaan yang wujud.Kalau lelaki sendiri cari perempuan luar itu aku no comment sebab diri sendiri mencari kesilapan.memang boleh kawin 4,no comment ;)
Bila senang,bahagia semuanya indah,manis.ada bintang bintang,bulan atas kepala lagi.Rasa suka,cinta,sayang,berbagai lagi rasa dan perasaan.Ada hikmahnya.
Tak ada orang yang tak diuji.Masing masing punya bahagian.Sesuai dengan apa yang diri termampu.

Jadi,bermula cinta dengan menunjukkan cermin diri yang tiada retak serpih.Mahu ditunjukkan sesempurna yang mampu.Untuk memiliki,semuanya perlu cukup dan indah.Pabila sudah bersama dalam satu tempoh masa,diuji Cermin diri mula menunjukkan wajjah diri yang sebenar.

Jika wajjah diri sempurna elok sama berbahagialah dengan apa yang selama ini diusahakan.
Jika wajjah diri tidak sempurna,entahla :)

Cukup aku kagum dengan pasangan pertama.Kekuatan mereka bukan sekadar cinta sesama mereka,tapi lebih dari itu.

Satu proses alami yang sudah berlaku sejak ribuan tahun dulu lagi.
Ada garis panduan dalam islam.Aku tak ada ilmu nak lanjutkan lagi.nanti salah.Ini cuma tulisan pandangan peribadi.

("Sengaja kadangkala,aku menterbalikkan proses alami manusia ini.Aku bermula dengan hitam.Aku tunjuk ini cerminnya retak,disini ada serpih,disini ada pecah,banyak.U did well.ribu ribu tahniah: )
sekarang guna pengalaman,ilmu untuk pedoman sendiri ya")
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kini,aku balik seperti sebelum 2008.Segala doa doaku mulai berubah perlahan lahan.Aku kembali
berdoa seperti dulu.Cuma kali ini berbeza dari banyak segi.Dari diri sendiri.Segalanya benar ku serah
pada Allah.Bertaqwa.

Aku kembali mengangkat kepalaku di waktu malam memerhati bintang bintang.Kembali melihat bulan,melihat bintang bintang.Mencari.Mencari sesuatu pada jutaan bintang bintang.Seperti yang pernah ku buat dulu.

Dimana bintang yang satu?Akan ku jejak kembali jika bintang itu wujud.Dengan PetunjukNya.
Akan ku cari,minta PetunjukNya.Syukur masih terpelihara.Tidaklah sia sia.Petunjuk mimpiku
bertemu tiga insan mulia ada hikmah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
22/4/2015
Hari ini hari penting bagiku.Aku kembali ke masjid besar.Satu masjid yang dulu pernah aku panjatkan doaku.kini kembali berdoa seperti dulu.

~Aku masuk ke dalam dewan bedah.Ibuku terbaring lemah.Aku menolak katil bersama nurse ke dalam wad biasa.saat menolak katil ibuku,sungguh perasaan baru dapat aku rasa.sedih,sebak itu biasa.Rasa baru aku dapat alami sendiri,aku merasa kecewa yang tersangat lah berat.

Aku teringat,ini ibuku yang pernah mengharap.pernah memberi walaupun ibuku sendiri kekurangan.
Janji janji itu tiba tiba dalam fikiran aku ketika aku menolak katil ibuku,syurgaku.
saat itu,no comment aku tak tahu mcm mane nak cerita.END.

Dalam wad.aku picit kepala ibuku.syurgaku lemah.datang seorang tua.aku bersikap tidak acuh padanya.orang tua itu hanya bercakap dengan aku sedangkan keluargaku ada disitu.hairan.
orang tua itu mengajar cara urutan beserta ayat ayat alquran.aku hairan kerna orang tua itu hanya datang pada aku,sedangkan ramai lagi yang ada dalam ward tu.wAllahualam..

satu pandangan mengusik jiwaku ketika itu.didepan katil ibuku.sepasang suami isteri.isterinya terbaring lemah.sedaya upaya si suami melayani isterinya.aku senyum pada pakcik itu.pakcik itu turut mendengar ajaran orang tua tadi,lalu dilakukan seperti yang orang tua itu ajar serta merta pada isterinya.sungguh menyayat hatiku.

sedangkan ibuku,kaki kiri kanan diurut,tangan tangan kepala semua diurut serentak ramai keluargaku.sambil aku memicit kepala ibuku,pandangan mataku tetap pada pakcik itu.dia mendengar ajaran orang tua tadi,saat itu juga dia ubati isterinya yang amat lemah.

Ya Allah..
sayangnya dia pada isterinya.kekuatan apa yang dia miliki.satu pengalaman yang benar benar mengusik jiwa aku tika tu.isterinya tidak sedar dia sedang diubati suaminya.kekuatan saat susah dan senang.ujian yang benar menzahirkan janji janji dan menunaikan kata kata.

Satu ingatan untuk diri aku.
Tanggungjawab.memang mudah ketika dilafaz,ketika mahu memiliki.kerna indahnya,kerna kekayaannya,kerna kecantikannya,kerna keturunannya,atau kerna agamanya?
ketika mahu memiliki,ini kesempurnaan ,tiada cela mahupun nista.semuanya sempurna.ini,indah aku sembahkan,ini segalanya cukup,senyum itu indah,kata kata itu manis,gerak geri sempurna tiada sedikit cela saat mahu memiliki.

Ujian menimpa.ujian datang dalam berbagai cara,juga hidayah,petunjuk.Ketika kesulitan,diuji,
tunaikan segala janji,lafaz indah.Saat sah menggenggam menerima akad,segala dosa ditanggung dibahu suami.Perempuan itu madu,perempuan juga boleh menjadi racun.Perempuan juga fitnah dunia.Tanggungjawab bukan sahaja memberi nafkah,menyediakan kelengkapan dunia.

Yang sebenarnya,yang baru aku alami,tanggungjawab itu menyediakan rumah.rumah itu islam.
Menyediakan pakaian.pakaian itu taqwa.menyediakan makanan.makanan itu zikir.maka lengkaplah satu masjid.imamnya lurus,bersama makmum makmum sendiri didalam masjid sendiri.indah,cukup indah.satu hidayah benar aku fahami oleh kerana ujian kepala dalam kubur aku alami.

Bukan itu saja.saat fisabillah,melindungi keluarga.memberi kasih sayang,membimbing.banyak lagi la.berat amanah,tangungjawab tu.benar,sungguh benar islam itu indah,iman itu amatlah manis.

makmum silap,imam yang wajib meluruskan.imam silap,makmum tegur.wahh saling melengkapi.
imam sudah sakit,tua.makmum pula menjadi imam.imam meninggal,makmum menyolatkan jenazah imam.imam sakit,makmum jaga dan sebaliknya.

imam itu suami,bapa.makmum itu isteri,anak anak.dalam satu masjid.masjid itu rumah.tiangnya solat.
isi rumahnya segala kelengkapan itu islam.islam itu luas.makanannya itu zikir zikir.makanan ruhani.
kerna kelak yang tinggal hanya jasad.yang abadi ruhani.Islam itu lengkap,sempurna.

Ragam manusia.Islam itu lengkap.Menyempurnakan segala galanya.Penunjuk jalan yang lurus.
Terpulang,pilihan ada ditangan masing masing.

tamat.gud luck












09 March 2015

Ingatan Teguran Dari Allah.


Saya terima  mungkin teguran,amaran mungkin juga jawapan atau nasihat dari Allah.
SubhanAllah.pada suatu malam,dalam bulan penting dalam hidupku.menghitung hari hari dengan debar.Saya bermimpi.suasana aman tanpa benda,tanpa apa,hanya putih segalanya.
aku duduk bersila,Depanku Al Quran yang sangat elok,indah helaiannya.
dihadapanku Imam Abu Hanifa R.A.bersama dengan dia,atok seorang yang saya lindungi.seorang lagi betapa bodohnya aku tidak ku kenali.mungkin juga almarhum guruku Habib Abdurrahman,mungkin juga Almarhum Maulana Rasyid.

Saya tidak layak memandang Wajjah meraka.hanya ku tatap sekali imbas.pandanganku pada Al Quran  di ribaku yang mana cukup indah,tiap helai kertas seperti bukan kertas,tulisan bukan seperti tulisan...
ku baca surah Al fatihah,lancar dan jelas menusuk hati kalbu nuraniku.
selepas itu ku baca Alif Lam Mim RA.ayat pertama surah Ar-Rad.

Dihadapan mereka aku baca,seperti anak kecil meminta harapan,kasih sayang dan cinta,meminta belaian dari ibu dan bapa.rasanya juga seperti mahu baring lalu tidur dalam riba mereka.belailah daku dalam ribamu wahai kekasih kekasih Allah,biar ku tidur selamanya dalam ribamu..
dapatku rasa,benar dan jelas hingga kini rasa kasih sayang,cinta mereka padaku tika mereka senyum memandangku ya Allah.

AllahuRabbi
Mereka bertiga masih berdiri,memandang ku bersila,di ribaku Al Quran ya Allah.begitu hampir mereka denganku seolah olah aku adalah kamu,kamu adalah aku.Mereka tersenyum pada ku ya Allah.begitu indah.aku malu mahu menatap wajjah mereka,mataku ku tatap Al quran dalam ribaku.
begitu malunya aku berhadapan dengan mereka.hina sekali aku ternampak atok seseorang yang aku kenali,segera ku teringatkannya,malu aku menatap,pandang wajjah atok itu kerna gagalnya aku
memegang amanahmu.

pakaian masing masing berbeza.sepertinya tidaklah berkilauan seperti raja raja dunia.ini antara kekasih kekasih Allah dan juga Imam besar ya Allah.berserban,berselendang,berjubah,berkasut biasa
biasa saja.aku berserban putih,kopiah,berselendang biru di bahu.inilah pakaian ku setiap mimpi mimpi benarku.kadang kala x pakai kopiah,kepala togel :)

aku lebih layak jadi tapak kasut mereka dari bersila depan mereka ya Allah.tiada kata kata dari mulut
antara kami.hanya senyuman mereka buat aku.sepertinya hanya bicara tanpa suara,hanya cinta,kasih sayang memenuhi suasana itu.membuatkan aku malu sehingga kini malunya masih terasa kejap dan erat.



Allahurabbi..
Assalamualaikum.