31 July 2016



Selalunya kita menulis atau berkata kata dengan bersebab.Kita sampaikan apa yang kita nak sampaikan.Tapi pada setiap orang, lain kefahamannya. Lain kefahaman orang, itu bukan masalah kita.Kefahamannya itu masalahnya, tapi jadi tanggungjawab kita juga.

Begitu lah aku menulis dalam blog ini,secara berkias.Bahasa melayu,adat melayu itu penuh seni yang tersembunyi.Secara sedar atau tidak itulah yang aku sampaikan.Berkias atau tidak itu menurut kefahaman masing masing.Dapatkah ditangkap maksudnya,dapatkah difahamkan.

Tergerak detik hati untuk menulis malam pagi ini.Oleh kerana aku menghampiri yang pasti iaitu alam perpindahan.Yakni mati.Setiap detik,masa itu ada titik tarikh,begitulah aku.Ada titik tarikh dilahirkan,begitu juga ajal.

Sedar dan tidak,sudah berpuluh tahun aku hidup bernafas.Kembali aku meniliti diri,menjejak pengalaman lalu.Itu sudah pasti aku tidak dapat lari.Dan,bilamana aku teringat akan semua emosi,perasaan,kehendak,naluri,pengalaman lalu itu,aku huraikan sedikit demi sedikit.Sungguh,semuanya ada hikmah tersendiri.Tidak sedar rupanya rambut ku sudah mula memutih :)

Masih ada peluang,yakni nafas.Masa berharga ini perlu aku menyiapkan untuk perpindahan.Adakah aku binasa atau bahagia kelak,itu hanya Allah saja yang berkuasa menentukannya.

Tersentuh malam ini.
Aku hidup lama dengan kenangan lalu.Dan kini alhamdulillah aku sudah mampu melahirkan rasa terima dan redha.Juga aku mampu memaafkan serta aku gembira melihat kebahagiaan itu.Cukup aku katakan aku gembira.Hingga aku senyum dan hati menzahirkan alhamdulillah.

Beginilah kehidupan.Penuh dengan ujian dan dugaan.
Penuh dengan warna warni.Apa yang mematangkan,mendewasakan manusia?Ujian,pengalaman dan bagaimana kita menerima setiap ujian itu.Bagaimana menyelesaikannya,dapatkah dicari hikmahnya,dapatkah difahami suratannya.Ujian sesuai dengan tingkatan iman masing masing.Bukan musibah ye,tu lain :)

Ujian ku begini.Dengan masa aku mencuri.Sendiri dan terus bersendiri.Mencari dan terus mencari.

Hingga titik itu dipertemukan,maka kembalilah aku.Ke tempat asal.Untung atau rugi Allah yang tahu.