15 January 2020

12 Tahun


26 nov 2008.
Hampir 12 tahun. Terasa sangat cepat masa berlalu. Tidak sedar secara tiba tiba saja sudah 2020.
Sepanjang 12 tahun begitu banyak pengalaman yang dilalui. Pengalaman suka duka yang boleh di jadikan panduan masa kini dan masa depan.

Aku mungkin sudah matang dan dewasa. Umur yang semakin tua merendahkan diri aku. Benar dulu aku begitu keanak anakan. Tidak matang, cuai dan leka. Semakin tua semakin aku memahami.

Alhamdulillah. Perancangan Allah itu benar. Jika itu pilihan kehendak Allah, begitu senang dan bahagia mudah. Syukur kepada Allah. Tanpa keluarga, tidak mampu aku kembali berdiri.
Harapanku, ujian ujian dipermudahkan, dalam rahmat Allah insyAllah.

Terima kasih. Sentiasa aku doakan. Tidak dapat aku lari. Sudah pun menjadi sebahagian pengalaman hidup aku. Aku doakan. Tiada lebih, tiada kurang. Itu batasan ku. Cukup sudah apa yang dilalui dulu.
Dulu, yang mana aku kenang rujuk kembali, betapa sikap dan sifat aku yang tidak apa yang mahu dibanggakan. Aku berhak dan aku terima salah silap diri ini.

Cerita lama. Hanya dikenang untuk dijadikan panduan masa depan. Supaya aku tidak mengulangi kesilapan diri aku dulu. Peluang ini aku genggam dan aku bersyukur.

Terima kasih.