Saturday, January 14, 2012

update terkini

maaf tidak update post baru.
keadaan tidak berapa mengizinkan.

badan tidak sihat.tahun 2010 akhir tahun demam lama.sudah ke hospital,klinik,tapi tidak ada apa2 sakit.
kini demam lagi.sudah bertanya pada orang arif,juga tiada apa apa.mungkin juga tekanan hidup harian.sudah tertulis.mahu atau tidak kena hadapi juga.terpulang bagaimana mahu menghadapi ujian ini.baik dari segi putih mahupun hitam.

setiap kali lihat sesuatu,beginilah akan berlaku.jasad tidak mampu tertanggung mungkin.
harapanku,biarlah.

jasad ini tiap saat berlalu,sudah tua,makin hampir ke pangkuan semua.rindu itu semakin dalam..tinggalkan saja dunia,pedulikan segala fitnah fitnah.tetapi kasihan mereka.terawangan dalam lubuk rekaan palsu belaka.sombong,ego itu tinggi,mata melihat,hatinya tertutup.tunjukkan apa yang benar,apa yang palsu.biarlah.bukan urusanku.

jasad ini hina.mencari rezeki.ingin melalui dunia.adakah salah jalan dunia ini.mungkin aku silap?mungkin juga benar?biarkan saja.urusan rezeki itu hanya Dia yang tahu,aku hanya usaha saja.

kasihan ini.dunia ini bukan pilihanku.ibu ibu,ayah ayah,saudara saudaraku,inikah jalanku.apa benar ini jalan yang dulu kamu semua megahkan.tak tertanggung rasanya.hebat,aku kagumi kamu semua.jalan yang kamu semua lalui telah tamat,tapi aku masih menghirup udara ini,jantungku masih berdegup.

kepelbagaian dunia kini telah direka.aku terpaksa lalui.sukar.biarlah.buan urusanku.

telah ku jual diriku padaMu.Kau berhak.apa saja,aku turuti.tunaikan janjimu,ku tunaikan ketaatanku.amin.turutan hidup ini tidak sia sia.penat,cukup sudah mungkin pelajaran ini?

Thursday, November 10, 2011

Friday, September 23, 2011

Pembenar atau hanya illusi khayalan.pilihan?

sekadari ingatan,juga pembenar kekuatan iman.hanyalah satu sempadan tidak bertepi.benar.kebenaran berdiri kukuh hanya buat yang tahu,yang benar tunduk,taat.
mungkin akan dibuang jauh,melata,buat yang sombong.
sekadar pertikaian,jauh di sudut hati dan akal akan dinilai,dipertikaikan.hak masing masing.tidak perlu aku kusutkan kalian.tidak setitik aku harapkan keagungan sementara.

hanya petunjuk,buat aku.

illusi.di situ aku berdiri.sejuk sekali.bagai embun pagi.tenang,inikah rasa ketenangan jiwa?inikah rasanya satu bersama satu?hebat.tak tercapai kata kata.

di situ berdirinya aku.ketenangan,selautan manusia,hambaMu.berduyun mencari tapak berdiri,mencari segenap sudut,tiap ruang dipenuhi.siap sedia,bermula penyatuan,tunduk padaMU.solat.

Agung,ini terlalu Agung.lalu diri ini berjalan lagi,melihat apa yang Kau ingin tunjukkan.silakan,berikan petunjuk.aku hanyalah hambaMU.

di situ,umat kekasihmu,ribuan sedang menjalani ulangan yang telah berlaku ribuan tahun,sebelum,kini.adakah berlaku seterusnya perulangan ini?kesibukan ibadat ini akan berubah jua.kehendakMu.yang bermula akan berakhir.

berjalan lagi langkahku,mengikut arah kehendakMU.di atas tanah yang berpasir,disaksikan mentari terik,melihat ribuan hambaMu memproses ulangan,rutin harian.

kuasaMu,hanya dengan kehendakMU,tanah pasir yang kujejak runtuh.Ya Allah,bersama lautan hambaMu.runtuh selorong kehadapan pasir pasir itu.dengan bunyi yang tak terfikir olehku,dengan gegaran bumi ini.bersama sama manusia itu tenggelam ke dalam lautan pasir pasir.tenggelam juga jeritan manusia manusia itu.

aku berada di dalam gaung,lurah dalam yang berpasir.masih berdiri.hanya berdiam diri.melihat,memerhati bersama jutaan pasir habuk yang bertebangan.memutih memenuhi ruang ruang kosong.

tanah kupijak kembali ke asal.naik,kembali seperti semula bersama gegaran hebat.Allah Maha Benar.

aku berdiri hanya memerhati.tiada perasaan.datang seorang hambaMu hampir pada aku.berkata pada aku dinding ka`aba retak berlubang.bersama sama berjalan melihat ka`aba.benar katanya.

ulangan ini mungkin hampir tamat.sekadar ingatan buat aku juga kalian.ini hanyalah mimpi aku.insan hina.buat kalian.

Saturday, March 5, 2011

3/6/9/33/36/39/63/66/






Ya siin ayat 36

[3]
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,

[6]
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.

[9]
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

[33]
Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan

[36]
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

[39]
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.


[63]
"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).


[66]
(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?

Tuesday, June 29, 2010

Janji buat insan kecil kesayanganku





Janjiku padamu insan kecil kesayanganku berbahagialah bersamama kesayangan Penciptamu.
Janjiku padamu insan kecil kesayanganku akan ku tunaikan.
Janjiku padamu insan kecil kesayanganku penguat jiwaku.
berbahagialah insan kecil kesayanganku..
Al Fatihah.

Sunday, April 18, 2010

jeritan anak kecil itu~ilussi





kelahiran anak ini,terpulang pada jalan pilihannya di tangan sendiri.perjalan anak kecil itu berbeda dengan insan insan lain.ujian ujian ditempa istimewa hanya untuk anak kecil itu.perasaan dia berbeda,melurut alur bukan sejalan insan di sekelilingnya.fikirannya,penglihatannya berbeda.hatinya diasah kejam seiring perjalan tiap detik nafas yang dihembus kali.
disitu,saban embun malam tiba anak kecil itu menangis hiba,mencerca domba menilin tika ujian istimewanya.
pegangannya luluh,meratap sayu bak burung hilang sayapnya.merayu lesu tak kunjung tiba.
apa peganganmu si anak kecil.tiap rayuanmu terbuka pintu pintu langit.istimewanya tangisanmu meluluh pintu pintu langit sehingga terbentang luas antara langit hingga kesisiNya.DIa sentiasa ada disetiap nafasmu.

disitu.lihatlah wahai anak kecil,itu adalah Pembawa Cahaya insan insan.telah tiba Pembawa Cahaya itu kembali pada tempatnya.tiap titisan darah,keringat serta semangatnya telah tamat.lihatlah,ini Pembawa Cahaya,Yang Agung,Yang Dicintai Maha Esa.kaku..mengharap tiap insan selepasnya benar menurut ajarannya.

disitu,insan itu memanggil anak kecil itu dengan senyuman mesra..anak kecil kehairanan.si anak kecil hanya mengikut tiap perjalan insan itu.setiap perjalan anak kecil,dilihatnya satu kaum yang taat pada Islam.dibukanya insan itu pintu pintu besar hingga masuk ke sebuah kamar.lihatlah anak kecil~itu adalah ajaran pembawa Cahaya.tiba saatnya kelak gunakan apa yang kau lihat itu kerana Allah.teruskan perjuangan Pembawa Cahaya.ingatlah,gunakan kerana Allah.
lalu anak kecil berjanji,akan meggunakannya kerana Allah.hilangkanlah tipu daya dunia,hapuskan segala pembunuh ahlul bayt mu,lenyapkan semua pembunuh insan insan yang mengikut ajaran Pembawa Cahaya.ingalah,semuanya kerana Allah.

dimana ini.anak kecil kehairanan.didepan anak kecil itu jutaan cahaya cahaya indah.indah sekali disertakan bunyi bunyian gemersik menikam kalbu.kemana haluan cahaya cahaya indah ini.di situ,anak kecil dipanggil cahaya yang sedarah dengan Pembawa Cahaya.ikutlah anak kecil,itu cahaya yang amat disayangi Pembawa cahaya.ikutlah cahaya itu.lihatlah apa yang ditunjukkan cahaya itu.bersyukurlah wahai anak kecil.setiap ujian ujianmu ada hikmahnya.


dunia ini kejam.darah anak kecil ini di ingini pendusta dunia.kenyataan dunia ini,titisan darah anak kecil amat di ingini oleh insan insan yang pendusta.sabarlah anak kecil.lihatlah Pembawa cahaya dan penyebar ajaran Pembawa Cahaya,sejak permulaan zaman Pembawa Cahaya hingga kiamat titisan darahmu di ingini pendusta dunia.
anak kecil tiada daya..disitu dia mengharap keAgungan Yang Maha Esa.tiap janji Allah itu benar.bersabarlah wahai anak kecil.kelak disana,berhimpunlah,carilah siapa yang ingin menghapuskan mu wahai anak kecil,dengan izin Allah segala janji Allah itu benar.berdiri megah wahai anak kecil.jangan ditangisi dunia ini,dunia hanyalah tipu daya.setiap hela nafasmu,semakin dekat dengan Yang Maha Esa.
lihatlah,itu syaitan.tika solatmu syaitan itu peganggumu.ujian istimewa anak kecil.syaitan itu juga yang ingin membunuhmu anak kecil.bersabarlah,janji allah itu benar.

anak kecil itu ditimpa ujian istimewa.dia kembali sujud pada Yang Maha Esa.alunan zikir dia membawa dia hingga ke langit.hati dia sunyi,sepi tanpa apa.hanya Cinta pada Yang Maha Esa..dengari alunan zikir anak kecil,ikuti dia wahai alam,berzikirlah bersama dia memuji Allah.selamatkan Khumaira.hilang khumaira,hilang penyambung ajaran Pembawa Cahaya.

berdirilah anak kecil.segala ujianmu,ada hikmahnya.usah ditangisi,semakin dekat janji itu.kembalilah anak kecil..


(FarizFansuri~biarlah kebodohanku kehinaanku mendekatkan diriku dengan Allah dari ketatan,kemegahan ibadatku yang jauh dari Allah~)

Friday, March 19, 2010

Cinta Hakikat Tersirat Rindu




sudah lama blog ini tidak tertulis apa apa.blog aku bukan diari aku.blog diari untuk kanak kanak ribena ;)apa itu Cinta Hakikat Tersirat?entah aku pun tak tau.kalau kau pandai kau fikir sendiri :D
menulis dengan hati yang tenang kini.setiap helaan nafasku ini,berulang ulang dengan perasaan azali manusia biasa.manusia itu hidupnya berulang ulang.ada kala aku sedih,adakala gembira pulak.teringat sms aku dengan AlMarhum Guru(Al Fatihah).aku katakan pada dia"Guru,setiap manusia mesti mati!"lalu dengan penuh kasih sayangnya,guru membalas"nak fariz,setiap manusia memang akan mati.itu semua kerja Tuhan.nak fariz masih muda,mengapa inginkan kematian semua manusia?"
lalu aku pun diam.
hari ini,malam ini aku begitu rindu pada kaum keluargaku,guru2ku,rakan2,keturunan2ku.
teringat pada AlMarhum adik ku,datuk2 ku serta semuanya.Baginda,Ummu Khaltum..
bagaimana keadaan semuanya.setiap yang hidup pasti mati,kekal abadi disana,disini sekejap cuma.
malam ini mengapa aku begitu rindu pada semua.mereka semua hidupnya sudah berlalu.kematian tiba lalu berbahagia disana.teringat aku sakit tempoh hari,kiri kanan tangan ada wayar masuk air.tekanan darah rendah,hingga satu saat,aku diam meminta Malaikat Maut mengambil ku.tapi masanya belum tiba.akan tiba juga saat itu seiring dengan setiap saat berlalu.
seorang sahabat,seringkali bertanya cinta aku pada seorang hambaNya.aku merasa hairan?cinta ku,rindu ku yang sebenar benarnya hanya pada Maha Pencipta.jika kau dapat merasakan betapa kecilnya cinta sesama manusia,nescaya kau membenci cinta manusia tika kau mati lalu tahu betapa hebatnya cinta pada Allah.salah.Baginda cinta umatnya hingga sakaratul maut.masih berfikir umatnya hingga saat terakhir nafasnya.hingga wafat masih lagi menjaga adan Cintakan keturunannya.
kesian Muhammad.
ada ummat mu yang berbahagia di dunia,azab di akhirat,ada yang azab di dunia,berbahgia di akhirat.tak boleh ke bahagia dunia akhirat?boleh,dengan ajaran Muhammad.senang cerita.
manusia fikir dapat memperbodohkan Tuhan,tapi diri sendiri perbodohkan diri.kesian manusia.kubur sempit.rumah besar ya amat,kubur sempit.nak besar kubur kat laut.besar sangat2.
fikir sejenak~~~~cinta kepada Allah itu sebenar benar cinta.bilamana mati,segala isteri isteri,anak anak,rumah,harta,perniagaan,nama,pangkat pangkat tinggal di dunia.pandang jauh kehadapan,bukan pandang didepan,tapi melebihi batas hadapan.mati.
cintai mati.semua manusia memang mati.fikirkan apa jadi semasa mati,selepas mati.Cinta sesama manusia akan padam tika sakaratul maut menjelma,sakitnya azab maut terlupa dimana cinta manusia,tenggelam segala rindu dendam sesama manusia.saat selepas mati,akan ketakutan,siapa yang akan membantu tika kegelapan.segala pangkat pangkat tiada di batu nisan yang boleh membantu.hidup la selagi hidup,mati la sematinya.yang sebenar benar darjat hanya Allah yang memilikinya,mengetahuinya siapa kekasihNya.

cinta sesama manusia tidak salah.perlu seiring dengan islam.islam tidak pernah menolak apa yang ada dalam diri manusia.tetapi perlu seiring dengan islam.islam itu indah.sempurna lagi benar.




"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). "(At Taubah:24)



(~aku da jadi kanak kanak ribena~) FarizFansuri~