29 November 2009

Rindu



Dimana anak kecil itu?aku rindu dengan anak kecil itu.di waktu kecilnya,anak kecil itu selalu mengalunkan ayat ayat suci Quran~Guru guruku..begitu bangga dengan anak kecil itu..memanggil nama anak kecil,alunkan ayat ayat suci yang guru ajar padamu bertahun lamanya.kau jejakkan kaki ke pondok ku tika kau berumur 5 tahun.belajar tidak pernah mengalah.memohon di ajar kalam suci..kau kebanggaan guru guru mu anak kecil..begitu mudah kau mengalun ayat ayat suci di waktu kecil mu..

guru guru ku..adakah kau bangga dengan diriku sekarang ini..adakah diri ini layak mengalunkan ayat suci dihadapanmu seperti anak kecil yang kau sayangi dulu?..dimana anak kecil itu..

14 July 2009

Bisikan Alam


ku ceritakan kisah seorang anak kecil yang melalui liku liku hidup yang sudah tertulis melalui pengalaman.buat tatapan pembaca dan juga ingatan pada empunya diri ini.
disuatu malam yang dingin,anak kecil ini hidupnya yang tidak pernah berasa tenang lalu bangun,menghadap Yang Maha Esa.memuji Allah,menghampiri Yang Maha Esa sedaya yang termampu walau syaitan itu tetap ada melingkari tempat anak kecil ini sujud.
diteruskan juga puji pujian pada Yang Maha Esa,dirinya tenggelam lalu hilang dalam hanyutan gelora kenikmataan memuji Allah.seluruh alam dan segala makhluk ciptaan Yang Maha Esa yang beriman dan dirahmatiNya bersatu dengannya memuji Allah.deruan angin,embun embun yang turun,seluruh bintang bintang,alam semesta..begitu hebat ciptaan Allah,semua makhlukNya yang Benar itu mengakui ke Esaan Allah.anak kecil ini begitu khusyuk memuji Allah sehingga satu tika terdengar oleh anak kecil laungan seruan Allahhuakhbar oleh ribuan suara nun jauh disana.sepertinya suara suara itu menyeru sekalian hambanya,seperti juga memuji ke Esaan Allah,dan seperti juga memohon ampun..adakah kalian menyeru nama Allah tika berperang,atau menyeru sekalian manusia kembali pada jalan yang benar,mungkin juga kalian memohon ampun..begitu hebat bisikan suara alam,sayu,menyeru nyeru pada Yang Maha Esa..terbuka kah pintu pintu langit buat diri anakkecil,terdengarkah alam bisikan alunan memuji Allah dari anak kecil ini..
anak kecil ini sedikit ketakutan,terbit dari hatinya bertanya dari mana suara suara ini datang.adakah ini suara suara syaitan.tetapi lahir dari hati anak kecil ini mengatakan itu suara suara dari mereka mereka yang Benar.ampunkan mereka jika mereka memohon keampunan,berikan kemenangan jika mereka berperang menyiarkan islam,dengarkan seruan mereka pada mereka yang mencari jalan yang Benar,rahmati mereka yang berada disisi mu Allah..Allah Maha Esa..anak kecil ini terus tenggelam bersama suara bisikan alam..hanyut seketika di telan kenikmataan yang Benar...bisikan alam..

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.
Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya),
Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.

Surah Qaaf~ayat 38 - 42

08 May 2009

Sombong Akan Beribadah Kepada Allah


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah,Yang Pemberi Rahmat.

Seringkali aku keliru dalam melihat malahan menilai manusia manusia yang dizinkan Allah untuk berilmu.siapalah aku untuk menilai manusia yang berilmu khususnya ilmu dalam mencapai jalan kehadrat Allah.jika ilmu yang dimiliki manusia itu ilmu ilmu dunia,boleh diuji dengan peperiksaan seperti peperiksaan di universiti untuk di iktiraf ilmunya.bagaimana pula dengan golongan yang lidahnya menyebut benar lagi jelas bahawa dirinya pemegang ilmu ma'arifat atau pun jalannya sufi.
masih lagi aku bernafas untuk mengenali dan terus mencari para kekasihNya yang benar benar ingin aku dampingi,yang ingin aku jalinkan persaudaraan yang istimewa.aku diberi peluang untuk memahami,mempelajari rahsia rahsia manusia yang bukan aku inginkan.kerna semakin banyak aku memahami rahsia rahsia manusia manusia semakin perit untuk ku fahami.terdetik rasa malu,kasihan dan benar2 membuktikan Allah itu Maha Esa...

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

"Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.
Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka. "

"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya."
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.


Tak perlu aku merayu rayu dalam blog berdoa.rayuanku,tundukan wajahku hanya pada Allah.Allah Maha Mengetahui.yang baik dari Allah,yang salah dari aku.ingatan kepada diriku dan juga manusia yang lain.biar kebodohan,kejahilanku mendekatkan diri ini kepada Allah,dari keta'atan ibadahku yang menjauhkan diriku dari Allah~

11 February 2009

Hakikat Cinta kepada Allah Dan hikmahNya

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). "(At Taubah:24)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Al Imran:31)

Hadis Bukhari Muslim
"barang siapa yang terdapat padanya tiga perkara maka dia akan merasai Kemanisan Iman.yang tiga perkara itu ialah (1) mencintai Allah dan RasulNya melebihi cinta kepada yang lain (2) mencintai manusia kerna cinta kepada Allah semata mata (3) membenci kembali kepada kufur(ingkar)laksana seorang yang benci dilemparkan kedalam api."

Dari Anas bin Malik:Nabi SAW bersabda" orang belum dapat merasakan kemanisan iman,sampai dia dapat mencintai orang lain yang hanya kerana Allah saja:sampai ia lebih suka ditempatkan kedalam api daripada kembali pada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya:dan sampai ia mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada yang lainnya.

Tanda Tanda Manusia Yang Cinta Kepada Allah-Imam Ghozali-

1)Tidak ada keraguan dalam menghadapi kematian.sebab dengan kematian itu dia akan bertemu dengan yang dicintainya,iaitu Allah SWT.dia menghadapi kematian itu laksana tekad Nabi Ibrahim AS. yang diceritakan dalam suatu hadis bahwa tatkala malaikat maut datang untuk mencabut nyawa ruh Nabi Ibrahim,maka beliau berkata kepada malaikat maut:"adakah layak anda mencabut jiwa seorang yang Cinta kepada kekasihnya?(Allah).maka turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim:"Adakah engkau lihat bahawa seorang kekasih benci untuk bertemu dengan yang dikasihiNya?"
mendengar firman dari Allah itu,maka tanpa ragu ragu sedikitpun nabi Ibrahim berkata kepada malaikat maut"kalau begitu,sekarang silakan engkau mencabut ruhku"

2)sentiasa mengendalikan hawa nafsunya dan memuatkan segala perbuatannya yang lahir dan yang batin dalam mentaati perintah Illahi.

3)Selalu ingatannya tidak lepas dari Allah dengan jalan memperbanyakkan Dzikrullah dalam erti yang menyeluruh(luas)

4)Rajin BERKHALWAT dan bersunyi dari untuk mengenangkan Allah.selalu memohon doa,solat malam(tahajjud) dan lain2.

5)sentiasa memikir atas kelalaian dalam kealpaannya,menyesali hidup dan waktunya yang terbuang percuma yang tidak digunakan untuk amalan2 mulia.

6)Merasa nikmat dan bahagia apabila mengerjakan ibadah secara tertib,tidak merasa berat melakukannya.

7)Berlaku ramah terhadap sesama kaum muslimin dan bersikap tegas terhadap orang yang ingkar.Benci terhadap perbuatan2 maksiat,dan marah terhadap orang2 yang melakukan kejahatan.

8)Mengerjakan ibadah bukan kerna takut.tetapi benar2 melakukannya sebagai kewajipan sebagai seorang hambaNya.

9)Menyembunyikan amal ibadahnya dari penglihatan orang ramai,dan tidak menonjolkan amalnya supaya dipuji dan di sanjung2.

10)Sentiasa melekat di hatinya kepada Allah dan Redha menerima segala macam cubaan yang ditimpakan Allah kepadanya.

Salah satu cara untuk memupuk perasaan Cinta kepada Allah itu ialah sentiasa melatih diri untuk selalu ingat kepada Nya,sentiasa berdzikir dan berfikir tentang keindahan dan kesempurnaan alam semesta,keagungan dan kenaha Rohmahan Illahi dalam mengkurniakan nikmat yang melimpah ruah kepada manusia.InsyAllah.

Rasulullah SAW. seringkali berdoa seperti berikut:
"Tuhanku,Katakanlah kepadaku CintaMu dan kecintaan orang orang yang engkau Cintai.Mencintai sesuatu yang mendekatkan aku kepada CintaMu.Jadikanlah CintaMu menjadi hal yang lebih ku Cintai dari pada air yag sejuk(kehidupan)"

-Rujukan-
::Kuliah Samudra Mutiara Hakikat Ma'rifat:: oleh Syekh Ibnu Atho'ilah terjemahan labib Mz.Maftuh Ahnan.

25 January 2009

Khumaira


kehadiranmu memberi sinar.
tiap kata,tiap langkah,tiap nafas dan denyut hatimu keyakinan dari Allah.
umpama matahari,bulan dan bintang bintang malam.
cahayanya menyinar mata hitamku.
menyelinap hatiku,memenuhi ruang ruang hitam di dalam dadaku.
Allah itu Benar.
petunjukNya benar.
ujianku padaku berterusan hingga nafas akhirku.
sengajaku cipta kata kata yang menyakiti.
asbab hidayah itu kehadiranku katamu.
sanggupkah jasadmu dihina Allah tika bersamaku.
perjuangan Siti Fatimah tiada akhirnya.
hingga putus nafasnya di uji Allah.
hanya kata kata yang ku beri padamu.
tiada mata mata pedang mahupun api yang menyala nyala.
hanya kata kata menyakiti hatimu.
bukan kesakitan jasad,hanya sedikit kepedihan hati..
maafkan diriku.
kita tersesat khumaira.di jalan yang lurus banyak cabangya.
tiap kali berbicara ada pendampingnya.
hati sucimu dikotori aku.Allah Maha Kuasa,khumaira diberi petunjuk hidayah.berbahagialah.
hidup matiku hanya kerna Allah.Cintaku hanya pada Allah dan Rasulullah.
maafkan diriku Ya khumaira.aku bersyukur diberi nikmat kebahagiaan.
kebahagiaan yang benar benar memberi keyakinan pada Allah Tuhanmu yang Agung.
biarkan saja diriku,golongan hina lagi sehinanya.
diri ini bersyukur pada Allah..


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
"

hadis riwayat:Ibnu Umar berkata pada Siti Aishah"ceritakanlah kepadaku satu hal yang paling mengkagumkan yang anda lihat dari kehidupan Rasulullah".Aishah menangis mendengar permintaan itu,dan Aishah berkata"seluruh perbuatan Rasulullah mengkagumkan.Aishah menceritakan pada satu malam,tatkala dia tidur santai santaian,ketika itu kulitku telah menyentuh kulit Rasulullah.Rasulullah berkata padaku:wahai Aishah,apakah anda mengizinkan aku beribadah kepada Allah malam ini?Yaa Rasulullah!aku tidak bermaksud mengganggu anda berbakti kepada Tuhan.kata Aishah.

Akhiranya Rasulullah mengambil air wudu,terus melakukan solat dan membaca ayat ayat Al Quran.sesudah itu Baginda duduk,solat kembali,dan berdoa.sesudah itu menangis kembali.berkali kali Baginda melakukan solat,menangis tidak henti henti sampai air mata baginda jatuh bercucuran.demikianlah terus menerus dari tengah malam sampai datang bilal memanggil,menandakan waktu subuh telah tiba.

melihat Rasulullah masih dalam keadaan menangis,bilal bertanya"Ya Rasulullah,kenapa dirimu menangis?bukankah Allah telah mengampuni dosa dosamu yang lampau dan yang akan datang?
Baginda berkata"wahai bilal.bukankah aku seorang hamba yang harus bersyukur?bagaimana aku tidak menangis?sebab Allah menurunkankan padaku pada malam ini ayat ini(Baginda membacakan lengkap ayat 190-191 surah Al Imran)..





~biarlah kebodohan diriku mendekatkan diriku dengan Allah dari keta'atan ibadahku yang menjauhkan aku dari Allah~




Ujian



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.
"

Hati ini masih berdenyut.berjalan di muka bumi ini atas izin Allah.melihat,memerhati,mempelajari dari alam semesta ini,dari sifat sifat manusia,banyaknya diri ini belajar sesuatu yang amat berat untuk ditanggung datangnya dari manusia manusia.semakin aku belajar dari manusia semakin berat untuk ku tanggung.sukar memahami,membezakan yang mana berjalan di jalan yang lurus walaupun suaranya megah menjerit kalam kalam Allah.adakah riya yang menyeliputi ibadahmu manusia manusia?dimana letaknya nafsumu?wahai Allah,taqdir ku pada Mu.perlihatkan aku para kekasihMu,jalinkan persaudaraan ku pada insan insan yang bersamaMu.kenalkan aku pada insan insan mulia ini.perlihatkan aku insan insan ini..telah Kau perlihatkan aku rahsia rahsia manusia yang hampir menimbulkan bencana dan fitnah padaku.izinkan aku menerima dan memahami ujian ujian Mu.



Syaikh Ibnu Atho'illah berkata:"Sungguh menjadi ringan kepedihan cubaan yang menimpa pada dirimu (bila) pengertianmu bahawasanya Allah lah yang mendatangkan(memberi)cubaan kepadamu.Maka Dzat yang telah mendatangkan berbagai kepastian kepadamu itu adalah Dzat yang telah membebaskan kepadamu dengan kebaikan memilih.".