24 December 2008


ada seorang tua,berkata padaku,aku ini umpama lilin...yang mana cahayaku ini menerangi hidup orang lain.tapi,cahaya ini jua yang membakar diriku,sepertinya lilin,membakar diri untuk menerangi kegelapan..
aku akui ada benar kata kata si tua itu,pengalaman banyak membenarkan kata kata dia.aku suka sekali menolong orang lain,tapi akhirnya temui titik tamat aku yang merana.merana?tiada ungkapan sesuai yang mampu aku zahirkan.
sedaya upaya aku untuk menyinarkan cahaya yang terang pada hidup orang lain,aku mahu cahaya ini terang,sejuk buat hidup orang lain..begitu sukar sekali untuk aku kekalkan cahaya yang indah,sepertinya cahaya cahaya dari menara masjidil haram itu,cantik sekali.
aku tidak mahu cahaya ini membakar sesiapa yang mendekati aku.sukarnya untuk mengekalkan cahaya,ada berbagai tiupan angin yang mendatang,jikalau terpadam aku kan selamat.jika ku biarkan menyala aku merana.pilihanku,aku biarkan menyala nyala..

sepertinya aku ini lilin yang menjadi tempat persinggahan juga.jika kegelapan carilah aku,aku masih disini,menyala buat menerangi kegelapan.di kala temui cahaya yang lebih indah,pergilah kesana,kerna cahaya ku ini tidak akan kekal lama.dan akhirnya,aku juga seperti lilin,akan menyala nyala lalu kelak akan terpadam..

No comments: